Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PEMUDA UMNO MALAYSIA perlukan ULAMA MUDA sebagai ketua.

image

Melihat kembali kebolehan dan kepetahan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) dalam menyampaikan dakwah dan ucapan rasanya beliau mempunyai masa depan yang cerah untuk mengetuai sayap PEMUDA UMNO Malaysia. Dalam suasana politik ketika ini orang yang paling layak untuk mengetuai sayap PEMUDA UMNO tiada orang lain kecuali seseorang yang mempunyai latar belakang agama yang kuat dan berani berdakwah. Ustaz Fathul Bari merupakan seorang individu yang mampu mengubah hala tuju PEMUDA UMNO dan meraih kepercayaan dan sokongan masyarakat untuk terus bersama UMNO.

PEMUDA UMNO  sepatutnya menjadi satu badan yang membentuk para pemimpin pelapis untuk dipersiapkan mengambil alih pucuk pimpinan parti satu ketika nanti, justeru jika Ustaz Fathul Bari diberi peluang untuk mengetuai PEMUDA UMNO bayangkanlah pemimpin-pemimpin yang bakal menjadi kepimpinan tertinggi UMNO dimasa hadapan nanti, pemimpin-pemimpin yang kuat pengetahuan agamanya, yang tinggi nilai moralnya, yang tawadhu dan bersikap rendah diri. Inilah sifat-sifat yang perlu ada didalam setiap pemimpin UMNO.

Dalam sayap PEMUDA UMNO pula jika diberi peluang untuk seorang ULAMA MUDA seperti Ustaz Fathul Bari memimpin, kita akan lihat golongan pemuda UMNO yang lebih disayangi dan mudah didekati didalam setiap program yang akan dijalankan. Ini adalah kerana gologan Ulama Muda ini menmpunyai sifat yang agak mudah didekati dan selesa untuk duduk berbincang. Golongan muda pula akan lebih terbuka bila bebicara dengan ulama-ulama muda. Dalam keadaan ketika ini makin ramai anak-anak muda yang dahagakan pengetahuan ISLAM dan cara paling mudah ialah mempungai seorang ulama muda memimpin sayap PEMUDA UMNO.

Memandangkan tahun depan UMNO akan mengadakan pemilihan parti, justeru memang tepat sekali masanya untu kita meletakan Ustaz Fathul Bari sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Ahli-ahli UMNO tidak mempunyai pilihan lain selain meletakan Ulama sebagai pemimpin sayap pemuda. Kita bedepan dengan cabar yang amat kuat dari parti PAS yang jela mengunakan ISLAM demi kepentingan politik dan kita tidak mahu UMNO beteusan menjadi bahan kejian PAS dengan pemimpin yang ada sekarang. Meletakan ulama memimpin pemuda UMNO akan menyaksikan kesungguhan UMNO dalam melakukan transformasi secara keseluruhan. Ustaz Fathul Bari calon yang amat tepat untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kita semua sayangkan parti UMNO dan kita tidak mahu UMNO berterusan menjadi bahan kejian, cacian dan kutukan pembangkan. Marilah kita mengubah persepsi masyarakat terhadap UMNO dengan meletakan seorang Ulama Muda mengetuai sayap PEMUDA UMNO MALAYSIA…..

No Responses to “PEMUDA UMNO MALAYSIA perlukan ULAMA MUDA sebagai ketua.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s