Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Majlis pembukaan dan penutup SUKMA XV undang kritikan.

image

SUKMA ke15 baru berakhir dan Pahang mendapat pujian dari PERDANA MENTERI. Sebagai penganjur, Pahang telah menjadi tuan rumah yang cukup baik dari segi pejalanan temasya kali ini. Segala prasarana dan kemudahan disediakan dengan baik sekali, penganjura setiap acara tidak menampakan sebarang kelemahan yang ketara.

Namun didalam semua itu ada perkara yang telah menjadi buah mulut masyarakat serta orang-orang kenamaan. Majlis pembukaan dan penutup temasya SUKMA XV Pahang 2012 adalah satu kegagalan yang amat memalukan. Pihak yang diberi tanggung jawab untuk persembahan mempunyai nama besar dalam industri hiburan tanahair namun persembahan pembukaan dan penutup SUKMA XV amat menjengkelkan. Rata-rata penonton menyuarakan rasa tidak puas hati dan melemparkan komen-komen yang menampakan kekesalan atas persembahan itu.

Jelas sekali artis bernama besar  dalam industri seni suara itu gagal menepati cita rasa penonton. Konsep yang dibawa tidak langsung mengambarkan atu berkait dengan sukan. Persembahan yang hanya memamaparkan hiburan kosong semata-mata tanpa ada sebarang pengisian. Ini bukan yang diharapkan oleh penonton yang hadir. Tidak dinafikan Stadium Darul Makmur penuh dengan tanpa ada ruang untuk berjalan namun hanya kerana pihak penganjur mengadakan cabuta bertuah dan bukan kerana hadir untuk menyaksikan persembahn yang hambar.

MM hadir membuat liputan juga agak bosan dengan persembahan artis yang bernama besar itu. Adakah kerana beliau mempunyai nama yang gah dan anak kelahiran Pahang kita harus menerima saja kelemahan tersebut? Sepatutnya artis tersebut memikirkan konsep yang memaparkan kaitan sukan bukan hanya hiburan kosong. Agak memalukan persembahan yang dibawa oleh artis bernama besar dan gah ini.

Para-para kenamaan juga tidak terkecuali menyatakan rasa kurang senang dengan persembahan tersebut. Yang paling menyedihkan bilamana persembahan tidak langsung memikirkan sensitiviti umat ISLAM kerana mereka mulakan konsert sejurus azan maghrib. Memalukan!

Nasihat MM pada artis bernama besar tesebut, berhentilah dari menjadi pengurus majlis (event managers) kerana anda tidak layak dan tidak langsung mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Jangan memalukan kerajaan dengan persembahan hambar anda itu.

Advertisements

One Response to “Majlis pembukaan dan penutup SUKMA XV undang kritikan.”

  1. Awalnya stat..lps azan maghrib dah stat ke?ingt lepas PM mari kul 9.15 tu baru stat konsert…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s