Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

LYNAS selamat, jangan pertikai lagi….

Sudah banyak diperkatakan dan sudah ramai pakar-pakar yang berkelayakan membuat rumusan berdasarkan fakta dan kajian bahawa loji LYNAS adalah selamat.

Tiada lagi keraguan dalam isu loji LYNAS ini dan badan-badan yang bertanggungjawab telah pun meletakan satu garis panduan yang amat ketat bagi LYNAS untuk menentukan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin. Justeru berdasarkan pada fakta dan kajian yang dijalankan loji LYNAS tidak mendatangkan sebarang kemudaratan malahan ianya menjadi katalis kepada kemajuan ekonomi negeri Pahang.

LYNAS  bakal meletakan MALAYSIA sebagai sebuah negara pengeluar produk hasil nadir bumi yang mampu bersaing dengan negara-negara maju. Ini jelas sekali dapat menrealisasikan impian Perdana Menteri MALAYSIA Dato’ Seri Najib Razak untuk menjadikan MALAYSIA sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Industri aliran berkaitan nadir bumi juga akan mendapat tempat diarena global sekaligus menjadikan MALAYSIA negara yang mempunyai industri berteknologi tinggi. Bukan sekadar itu rakyat negara ini juga tidak terkecuali menerima tempias dari economic spin-off berkait LYNAS.

Puluhan malahan ratusan pakar-pakar dunia telah merumuskan bahawa nadir bumi tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada manusia. Yang terbaru Datuk Dr. Looi seorang pakar nuclear telah tampil dengan penjelasan yang amat terpeinci berkaitan LYNAS. Menurut beliau element nadir bumi yang dikatakan merbahaya iaitu ‘Thorium’ tidak langsung mempunyai kadat radiasi yang tinggi. Beliau juga menambah sudah 40 tahun beliau bergelumang dengan ‘Thorium’ malahan beliau boleh memegang ‘Thorium’ dan ‘Uranium’ dengan tangan tanpa sebarang perlindungan.

Kenyataan beliau amat jelas bahawa tiada apa yang perlu dikuatiri oleh masyarakat sekeliling berkaitan loji LYNAS. Justeru, hentikanlah sebarang cubaan menipu dan pembohongan berkaitan LYNAS.

No Responses to “LYNAS selamat, jangan pertikai lagi….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s