Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PAS masih takut pada UMNO.

Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang dibangkitkan oleh PAS menyerang UMNO. Dari soal muzakarah hinggalah kesoal negeri-negeri kubu kuat UMNO. Jika diperhatikan secara terperincil PAS hanya menjalankan propaganda politik mereka untuk memberi keyakinan pada parti mereka sendiri tidak lebih dari itu.

Hakikat sebenarnya PAS masih lagi takut kepada kekuatan UMNO dan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Ini jelas bilamana PAS sedaya upaya cuba menjatuhkan kredibiliti barisan pimpinan UMNO. Jika mereka benar-benar kuat sudah pasti mereka akan berhenti ataupun memperlahankan serangan mereka terhadap UMNO, tetapi ini tidak terjadi.

UMNO sebagai parti tunjang yang mendominasi BN dan parlimen mempunyai kekuatan yang suka ditandingi oleh PAS. Kepercayaan yang UMNO terima dari rakyat adalah bukti kekuatan UMNO, sokongan dari golongan atas pagar juga menjadi bukti jelas yang PAS tidak dapat mengoyangkan UMNO.

PAS hanya mempunyai satu cara sahaja untuk menjadikan parti mereka relevant iaitu menjadi sekutu pada UMNO. Dengan menjadi sekutu UMNO mereka sudah pasti mendapat kedudukan yang lebih baik dari ketika ini didalam Pakatan Rakyat. PAS akan diberi ruang yang luas untuk menyuarakan pendapat mereka didalam BN.

Apa yang PAS mahukan lagi? Jika didalam PR mereka hanyalah parti pilihan ketiga yang tidak mempunyai suara namun didalam BN sudah pasti PAS akan dapat meluaskan lagi perjuangan ISLAM mereka dengan menekankan perpaduan bangsa. PAS akan menjadi alternatif kepada orang Melayu jika berada didalam BN dan mereka juga akan menjadi parti pendesak kepada kerajaan pimpinan BN untuk memperjuangkan agenda ISLAM. Itupun jika mereka ikhlas dalam agenda ISLAM, jika tidak mereka akan terus kekal didalam PR dan terus menjadi parti ketiga walaupun mempunyai kerusi yang lebih dikalangan DAP dan PKR.

Jawatan menteri yang penting juga akan diberikan kepada PAS tambahan kementerian yang mempunyai kepentingan Melayu dan ISLAM. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS pernah mendapat tempat yang jauh lebih baik dari MCA dan MIC ketika berada bersama BN. Sejarah juga bakal berulang malahan kedudukan PAS akan menjadi lebih baik dari dahulu.

UMNO tidak pernah gentar dengan PAS dalam apa-apa peringkat pun yang pastinya PAS masih lagi merasa tercabar dengan UMNO. Ini jelas dengan kenyataan-kenyataan berubah-ubah PAS. Tiada alasan lain lagi untuk PAS selain menjadi sekutu UMNO dan pastikan negara ini kekal dikuasai Melayu ISLAM. Ini adalah hakikat yang PAS wajib terima. Demi Agama, Bangsa dan Tanahair PAS terpaksa membuat keputusan untuk bersama UMNO didalam Barisan Nasional.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “PAS masih takut pada UMNO.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s