Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Agenda PAS hanya untuk meletakan DAP sebagai pemerintah Malaysia.

Apa yang perlu kita perkatakan lagi tentang parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya mempergunakan Islam semata-mata untuk membohongi rakyat.

Dengan perkembangan muktahir ini cukup jelas agenda perjuangan sebenar PAS iaitu untuk meletakan DAP sebagai peneraju kerajaan Malaysia. Pemimpin-pemimpin PAS sendiri dengan rela hati meletakan DAP sebagai sumber rujukan dan mereka sentiasa bersedia untuk mempertahankan DAP.

Nizar Jamaluddin yang dahulunya pernah menjadi Menteri Besar Boneka kepada DAP cukup jelas menyuarakan suara DAP. Menghina raja-raja Melayu sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Tiada apa lagi alasan untuk PAS menafikan mereka memperjuangan DAP dan bukan memperjuangkan Islam. Setiap apa yang diperkatakan oleh DAP, PAS sentiasa bersetuju.

Cukup menyedihkan bila PAS dengan lantang mempertahankan DAP yang terang-terangan membenci orang Melayu dan anti Islam. Kenyataan-kenyataan dari DAP yang acapkali mempersoalkan tentang kedudukan Islam dan bangsa Melayu disokong oleh PAS secara membabi-buta.

Jika parti komponen BN yang mempersoalkan Islam mereka akan terus menyalak namun senyap seribu bahasa bila DAP yang melakukannya. Inilah sikap PAS yang cuba mengadaikan maruah bangsa dan agama. Kebencian PAS terhadap UMNO ditanam kepada pengikutnya dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai contoh fatwa yang menyatakan undi PAS masuk syurga dan mengafirkan orang UMNO. Adakah ini ajaran Islam sebenarnya?

Atas alasan ini jelas PAS tidak layak untuk memperjuangkan Islam malahan tidak layak langsung untuk menamakan parti mereka sebagai parti Islam. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah berkali-kali menyelewengkan hadith dan ayat Al-Quran semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Tiada langsung asas dalam apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz selama ini. Justeru amat jelas dan terang yang PAS tidak pernah meletakan Islam sebagai asas perjuangan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Agenda PAS hanya untuk meletakan DAP sebagai pemerintah Malaysia.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s