Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PR terdesak sampai sanggup fitnah.

Pakatan Rakyat ketika ini cukup terdesak dengan serangan Barisan Nasional. Segala apa isu yang dilemparkan oleh mereka terhadap Barisan Nasional dengan mudah dapat ditangani.

Yang terbaru bila Pakatan Rakyat menuduh UMNO mengupah samseng untuk menganggu ceramah mereka. Jika ada apa-apa yang berlaku terhadap mereka tuduhan akan terus dilemparkan kepada UMNO.

Inilah hinanya politik Pakatan Rakyat yang sentiasa memainkan sentimen kebencian. Hakikat sebenarnya mereka sendiri telah mengupah samseng untuk menganggu ceramah mereka semata-mata untuk meraih simpati.

Fakta dan bukti jelas menunjukan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah meletakan rakyat sebagai asas perjuangan mereka, kepayahan rakyat dinegeri-negeri mereka tadbir amat jelas. Dari masalah air hinggalah ke masalah sampah tidak langsung diberi perhatian. Ini masalah asas rakyat yang tidak dihiraukan oleh Pakatan Rakyat.

Sejak dari mula lagi Pakatan Rakyat telah menipu rakyat bermula dari isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Selepas itu pelbagai masalah yang muncul. Cukai pintu tidak diturunkan seperti dijanji, duit ibu tunggal, warga tua dan anak-anak sekolah juga masih tidak diberi.

Kuil Hindu masih dirobohkan sewenang-wenangnya, pusat-pusat pelacuran dan rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan selepas hujan, isu rompakan pasir berleluasan, isu kroni yang makin menjadi-jadi cukup menjadi bukti ketidakupayaan Pakatan Rakyat memerintah.

Selama 4 tahun ini Pakatan Rakyat tidak menyelesaikan apa-apa masalah kecuali menambahkan masalah rakyat. Mereka mengatakan berjaya meraih pelaburan luar yang tinggi tetapi gagal untuk menjelaskan pengerak utama untuk membawa pelabur luar adalah kerajaan pusat.

Bila rakyat mengetahui Pakatan Rakyat ini tidak mampu untuk memperjuangkan rakyat mereka mula memfitnah UMNO dan BN. Dengan cara ini sajalah mereka dapat meraih sokongan untuk terus merompak rakyat. Kita harus sedar bahawa Pakatan Rakyat telah merompak dan mencuri terang-terang hak rakyat.

Marilah kita bersama-sama menolak Pakatan Penipu ini demi kesejahteraan negara.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “PR terdesak sampai sanggup fitnah.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s