Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Selangor jadi pusat penyundalan.

Hari-hari kita dengar kisah operasi pihak berkuasa menyerbu pusat-pusat penyundalan diSelangor. Kenapa makin hari makin banyak pusat-pusat maksiat dikawasan Selangor?

Adakah Selangor akan terus menempatkan pusat-pusat maksiat tanpa sebarang pembenterasan? Jika inilah model pentadbiran Pakatan Rakyat bakal musnahlah negara ini dalam masa yang terdekat.

Dengar-dengar setiap pusat maksiat dikenakan cukai kepala tetapi tidak pula pasti sejauhmana kebenarannya hakikat yang terjadi ialah pusat-pusat maksiat tumbuh seperti cendawan sama ada yang berlesen ataupun yang haram.

Shah Alam yang dahulu dikenali sebagai ‘Malay City’ kini tercemar dengan tindak-tanduk kerajaan PR yang menghancurkan semua yang telah dibina oleh kerajaan BN dahulu. Asset-asset kerajaan dijual sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan masalah rakyat. Sampah tidak diurus dengan baik, janji-janji manifesto langsung tidak ditunaikan. Rakyat Selangor ditipu dengan mudah sekali.

Jika diPahang Yayasan Pahang telah menerima anugerah perkhidmatan masyarakat terbaik asia pasifik lain pula dengan Yayasan Selangor yang habis dijual assetnya dan tidak diurus dengan baik. Contoh paling jelas kegagalan PR mentadbir sebuah negeri, bayangkan jika mereka memerintah negara sudah tentu hancur negara ini.

Banyak kelemahan dan penipuan dilakukan oleh PR, diPenang begitu juga hutang kerajaan negeri diserah kepada kerajaan pusat dan mereka mendabik dada mengatakan mereka berjaya membangunkan ekonomi. Dimanakah projek rumah rakyat? Yang tumbuh kesemuanya projek rumah mewah dan condo-condo jutaan ringgit. Mereka tidak menghiraukan masalah rakyat pendapatan rendah.

DiSelangor sebuah negeri yang kaya dahulu kini bakal hancur dibawah PR. Rakyat sudah sedar dan kini hanya menunggu tibanya PRU13 untuk menendang PR keluar dari kesemua negeri yang jatuh ketangan mereka dahulu.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Selangor jadi pusat penyundalan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s