Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

MCA Indera Mahkota jangan cakap banyak!

image

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Febuari 2012 menyatakan BN akan berputih mata di parlimen Kuantan jika benarkan loji Lynas beroperasi. MCA Indera Mahkota makin hari makin menjadi duri dalam daging dikalangan parti komponen Barisan Nasional.

Tanpa segan silu MCA Indera Mahkota menentang dasar kerajaan dalam isu Lynas. Apa yang mereka mahukan? Diparlimen Kuantan pun mereka tersungkur masih mempunyai hati untuk menuntut itu dan ini. Mereka menentang dasar kerajaan yang mana mereka sepatutnya menerangkan kepada rakyat tentang situasi yang sebenar, amat jelas MCA Indera Mahkota mahupun Kuantan tidak langsung mempunyai semangat setiakawan yang utuh untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional.

Jika MCA Indera Mahkota terang-terang menentang dasar kerajaan apa lagi yang kita mahu mengharapkan dari mereka? Mereka sudah pasti tidak akan  membantu UMNO di parlimen Indera Mahkota dan di parlimen Kuantan pula apa perlu kita tunduk pada kouta yang ada sedangkan MCA tidak boleh menjamin kemenangan BN?

Sikap yang cuba ditunjukan oleh Pemuda MCA Indera Mahkota adalah satu sikap yang membelakangkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional dan ianya juga berbau ugutan buat pimpinan Barisan Nasional. MCA akan kehilangan terus undi orang Melayu jika kekal bersikap talam dua muka.

Rakyat majority dikawasan Indera Mahkota dan Kuantan sudah pasti akan menunjukan jalan keluar kepada mereka. Ini hakikat….

No Responses to “MCA Indera Mahkota jangan cakap banyak!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s