Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Lagi desakan tuntut kerusi parlimen Kuantan.

image

Makin kuat suara  rakyat Kuantan untuk menuntut kerusi parlimen Kuantan kembali kepada UMNO. Memang ada asasnya kepada tuntutan tersebut berdasarkan kepada rekod PRU 12.

Jika kita amati rekod PRU12 dan pecahan pengundi cukup jelas UMNO mempunyai peluang lebih cerah berbanding MCA. Pengundi Melayu mencakupi 59.97%, pengundi Cina 35.93%, India 3.88 dan lain-lain bangsa 0.22%. Ini adalah rekod PRU 12 dan kita lihat pula majoriti Fuziah Salleh yang mengalahkan Fu Ah Kiow sebanyak 1,826 undi.

Umum mengetahui undi sebanyak 1,826 adalah undi dari orang Melayu dan ada beberapa faktor yang menyebabkan orang Melayu mengundi Fuziah. Faktor yang paling utama ialah faktor bangsa. Kuantan kawasan majority Melayu telah membuktikan corak pengundian kawasan ini masih lagi bergantung kepada calon bukan lagi parti. Justeru rakyat Kuantan mahukan UMNO mewakili mereka kerana UMNO dilihat mempunyai calon muda yang berkaliber dan cukup diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada lagi alasan untuk mana pihak untuk mempertikaikan keupayaan UMNO untuk merampas semua kerusi parlimen Kuantan.

Rakyat Kuantan makin kuat bersuara dan mahukan perubahan dan perubahan itu harus dibawa oleh calon muda dari UMNO. Tidak perlulah mana-mana pihak cuba untuk mengugut UMNO kerana rakyat yang mahukan UMNO mewakili mereka. Indera Mahkota juga kawasan majority Melayu dan kedua-dua kawasan ini wajib diserahkan kepada UMNO demi menentukan kemenangan Barisan Nasional.

Dato’ Seri Najib Razak pernah menyebut tentang ‘winnable candidate’ atau calon boleh menang. Calon boleh menang dalam kawasan majority Melayu seperti Kuantan ialah calon Melayu dari UMNO. Ini hakikat yang harus diterima oleh semua pihak. UMNO Kuantan secara khususnya mempunyai calon muda yang boleh merampas semula Kuantan dari PKR bukan calon MCA. Banyak kelebihan yang ada untuk UMNO dari sudut sokongan dan juga pecahan pengundi,  justeru sekali lagi UMNO harus mendapatkan  semula Kuantan.

Jadilah sahabat yang mementingkan suara rakyat bukan mementingkan diri sendiri ini nasihat kepada parti komponen BN untuk menjamin BN kekal berkuasa di Pahang. Rakyat Kuantan mahukan calon muda bukan calon recycle atau calon lama. UMNO mempunyai calonyang disebut-sebut oleh rakyat Kuantan.

KEMBALIKAN KERUSI PARLIMEN KUANTAN KEPADA UMNO..

No Responses to “Lagi desakan tuntut kerusi parlimen Kuantan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s