Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sejauh mana BN mahukan kemenangan di Kuantan?

Pilihanraya Umum 13 bakal tiba, jentera parti telah pun digerakan namun satu persoalan yang timbul di Pahang ini khususnya parlimen Kuantan ialah sejauh mana BN mahukan kemenangan?

Rakyat sudah menyuarakan hasrat dan keinginan bahawa parlimen Kuantan harus diserahkan kepada UMNO untuk mewakili rakyat parlimen Kuantan tetapi adakah MCA akan bertindak sebagai gentleman dengan menyerahkan kerusi parlimen Kuantan ini kepada UMNO atas dasar untuk menjaminkan kemenangan?

Ada desas-desus yang menyatakan bahawa jika UMNO bertanding Kuantan BN akan kehilangan undi kaum Cina di Indera Mahkota dan Kuantan sekali gus. Terlupakah MCA bahawa kemenangan MCA dahulu hasil dari pengundi UMNO? Tindakan mengugut UMNO dengan cara ini agak keterlaluan dan melampau. Manakan tidak MCA Kuantan sendiri bergolak dikalangan mereka dengan beberapa isu namun masih lagi mahu menuntut sesuatu yang jelas akan menjejaskan kemenangan BN diPahang.

Ketika ini pun berapa wakil MCA berada diparlimen? Amat jelas bahawa MCA harus bergantung kepada pengundi Melayu dan UMNO untuk mendapat tempat diparlimen. Jika diamati kembali kemenangan Fuziah Salleh pada PRU yang lepas dengan majoriti sebanyak 2000 lebih jelas sekali ini adalah undi orang Melayu. Pengundi Melayu penentu kepada kemenangan BN diKuantan.

Rakyat Kuantan berbangsa Cina juga menolak MCA dan ada dikalangan mereka mahukan calon muda dan berkaliber di Kuantan, ada juga menyatakan calon Melayu menjadi pilihan dan UMNO mempunyai calon muda yang cukup berkebolehan dan mendapat tempat dikalangan rakyat Kuantan berbagai lapisan.

MCA harus menerima kenyataan dan atas kegagalan mereka meraih kepercayaan kaum Cina sendiri jelas akan menjejaskan peluang kemenangan BN diparlimen Kuantan. Dengar suara rakyat, beri peluang kepada UMNO membawa suara rakyat Kuantan ke parlimen, MCA jadilah sahabat yang gentleman bukan menjadi api dalam sekam.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Sejauh mana BN mahukan kemenangan di Kuantan?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s