Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Lynas bukan lagi isu buat rakyat Indera Mahkota dan Kuantan.

Isu loji nadir bumi Lynas bukan lagi menjadi keutamaan buat rakyat Indera Mahkota dan Kuantan. Berdasarkan kepada perhimpunan hijau anjuran pihak pembangkang cukup jelas mengambarkan rakyat Indera Mahkota dan Kuantan tidak lagi terpengaruh kepada dakyah dan penipuan pihak pembangkang.

Pihak pembangkang hanya tahu menghasut tetapi rakyat sudah sedia maklum dan telah menerima penerangan kerajaan negeri. Secara logiknya rakyat bukanlah bodoh untuk menerima sesuatu yang jelas merbahaya kepada mereka tetapi pihak pembangkang yang sengaja cuba memperbodohkan rakyat. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kerajaan negeri pimpinan BN lebih mementingkan keserjahteraan rakyat daripada keuntungan.

Kerajaan BN lebih perihatin dari kerajaan PR sebagai bukti kerajaan PR diSelangor masalah sampah pun tidak mampu diselesaikan. Loji Lynas telah melalui pelbagai jenis ujian dan saringan mengikut standard antarabangsa dan ini membuktikan kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap keselamatan rakyat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota dar PKR pernah menyatakan Lynas adalah satu pelaburan strategik dan baru-baru ini beliau juga mengakui tidak mahu terlibat dalam agenda jahat  PKR yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berterusan menipu rakyat. Pimpinan PAS Kuantan dan Indera Mahkota juga akur dengan penjelasan kerajaan negeri bahawa loji Lynas adalah selamat malahan ada dikalangan pimpinan mereka mendapat faedah dari project loji Lynas ini.

Jelas isu Lynas hanyalah isu yang dibangkitkan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Fuziah Salleh. Rakyat tempatan tidak sebodoh yang disangka oleh PR malahan rakyat memandang kobodohan Pakatan Rakyat.

No Responses to “Lynas bukan lagi isu buat rakyat Indera Mahkota dan Kuantan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s