Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Rakyat Kuantan perlukan UMNO untuk parlimen Kuantan.

Rata-rata rakyat Kuantan tanpa mengira bangsa mahukan kerusi parlimen Kuantan ditandingi oleh calon UMNO bukan lagi calon MCA. Ini sentimen pengundi dalam berhadapan dengan PRU13 akan datang.

Calon yang rakyat Kuantan mahukan adalah calon baru yang bersungguh-sungguh untuk berkhidmat demi rakyat. Calon muda yang berkaliber dan yang boleh mendapatkan sokongan semua lapisan masyarakat Kuantan. Dikalangan pengundi Cina sendiri ada menyatakan kurang selesa dengan MCA ketika ini dan ini jelas mengambarkan penolakan rakyat terhadapan pimpinan MCA Kuantan.

3 DUN dalam parlimen Kuantan dan hanya satu majority Cina iaitu Teruntum jelas mengambarkan orang Melayu bakal mengundi calon Melayu dan pengundi Cina juga tiada masalah untuk mengundi calon Melayu dari UMNO dengan syarat calon yang mudah didekati dan calon yang muda.

Barisan pimpinan Barisan Nasional harus memikirkan tentang kemenangan bukan kerana kouta lagi. Berdasarkan kepada tuntutan Perdana Menteri yang mahukan semua 14 kerusi parlimen dirampas semula oleh BN sudah pastinya parlimen Kuantan wajib diserahkan kepada UMNO untuk mewakili BN.

Pengundi sudah mempunyai calon muda yang mereka mahukan datang dari UMNO. Pengundi tidak mahu calon recycle atau calon tua yang beria-ria mahu menjadi ahli parlimen. Pengundi mahu calon muda yang berkaliber dan berpengaruh.

MCA jadilah gentleman demi kemenangan BN, jangan jadi bodoh sombong ataupun terlampau ego kerana ini akan menyebabkan kekalahan BN sekali lagi.

Parlimen Kuantan untuk UMNO, pengundi sudah bersuara..

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Responses to “Rakyat Kuantan perlukan UMNO untuk parlimen Kuantan.”

  1. Kau bodoh ke? Lepas kerajaan approve lynas siapa nak undi Bn lagi…….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s