Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kerusi Majoriti Melayu WAJIB Serah Kembali kepada UMNO.

Menjelang PRU13 kali ini satu isu yang bakal menekan Barisan Nasional adalah tentang pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Barisan Nasional. Yang jelas senario politik ketika ini tidak lagi menjamin pengundi Melayu akan mengundi calon bukan Melayu. Justeru pembahagian kerusi dikalangan parti komponen Barisan Melayu wajar berdasarkn pecahan pengundi.

Suasana politik sekarang amat rumit dan tidak mampu untuk ditangani dengan melakukan gerak kerja seperti dahulu lagi. Sentimen dikalangan pengundi amat jelas dan tida boleh dinafikan lagi. Parti-parti komponen Barisan Nasional harus menerima hakikat bahawa pengundi tidak akan memilih parti seperti dahulu.

Sebagai contoh kerusi majoriti Melayu tidak akan lagi mengundi calon bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan, ini amat jelas dan telah pun dibuktikan pada PRU yang lepas. Bilangan kerusi MCA, MIC dan Gerakan yang kalah amat tinggi yang tinggal hanyalah dikawasan-kawasan majority bukan Melayu itu pun nyaris-nyaris tewas.

MCA, MIC serta Gerakan tidak lagi mempunyai tempat dikawasan majoriti Melayu. Rata-rata calon dari kalangan parti-parti ini ditolak oleh pengundi Melayu dikawasan yang mereka tandingi. Janganlah lagi parti-parti komponen ini menekan UMNO untuk menuntut peruntukan kerusi mereka yang pasti jika mereka masih mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu pastika mereka bersedia menghadapi kekalahan yang amat memalukan sekaligus membuatkan Barisan Nasional tewas sebagai kerajaaan.

Tiada lagi ‘bargaining chip’ yang laku untuk parti-parti ini meletakan calon mereka. Rakyat amat sedar jika seorang calon Melayu ditempatkan dikawasan majoriti Cina sudah tentu calon Melayu ini akan tewas. Corak pengundian ini telah lama dilakukan oleh pengundi bukan Melayu hanya pengundi Melayu sahaja yang masih memberi untuk kepada calon bukan Melayu. Namun keadaan ini sudah berubah sama sekali dan sudah pasti tiada lagi undi akan diberikan kepada calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu.

Barisan Nasional harus memastikan SEMUA kerusi majoriti Melayu dikembalikan kepada UMNO jika masih mahu menjadi kerajaan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Kerusi Majoriti Melayu WAJIB Serah Kembali kepada UMNO.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s