Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Usaha Bagi Menafikan Kesahihan Atau ‘Legitimacy’ Orang Melayu Sebagai Penduduk Asal ?

Assalamualaikum,

Kita semua perlu berwaspada kerana sejak akhir-akhir ini, seolah terdapat usaha bagi menafikan kesahan atau legitimacy orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan sekaligus menafikan hak istimewa orang Melayu. Usaha tersebut juga disasarkan pada merendahkan martabat Islam sebagai agama Persekutuan. Beberapa perkembangan terkini di negara ini memerlukan perhatian kita.

Perkembangan 1: Prof khoo kay kim mengatakan yang hang tuah dan lima bersaudara dan hang li po tidak pernah wujud. Kesimpulan ini adalah berdasarkan rekod sejarah negara cina, kononnya. Namun mengikut pakar sejarah, bukti kewujudan hang tuah sebenarnya tercatit dalam sejarah negara lain, misalnya portugis. Alfonso de albuquerqe (yang akhirnya menjajah Melaka) sendiri enggan menyerang Melaka selagi hang tuah masih berada di situ. Kebanyakan orang, termasuk orang Melayu mungkin menganggap ini sebagai perkara remeh.

Namun hakikatnya adalah IMPLIKASINYA cukup besar. Dengan menafikan kewujudan Hang Tuah, maka ia dengan sendirinya menafikan kebenaran kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kita semua tahu yang Sejarah Melayu adalah buku yang memaparkan sejarah orang Melayu, dengan penumpuan pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Dengan menafikan kebenaran Sejarah Melayu sebagai buku rujukan sejarah, maka dengan sendirinya, kesahan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terjejas.

Perkembangan 2: Saya khuatir terdapat usaha bagi merobah sejarah negara ini melalui taktik ‘membetulkan’ fakta Sejarah. Usaha bagi ‘membetulkan’ sejarah sedang dilakukan oleh sebuah organisasi yang dinamakan KemSMS (Kempen Sejarah Malaysia Sebenar). Mereka kononnya ingin supaya silibus subjek sejarah yang diajar di sekolah diperiksa semula bagi memastikan ianya mencerminkan sejarah yang sebenar.

Ya, ini tiada salahnya, namun janganlah pula usaha ini dijadikan sebagai topeng bagi menafikan kesahan atau legitimacy orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Terdapat beberapa kenyataan KemSMS yang menimbulkan kebimbangan. Pertama, mereka mengatakan yang subjek sejarah yang diajar sekarang memberikan tumpuan yang berlebihan pada tamadun Islam. Mereka mengatakan bahawa tumpuan berlebihan tidak seharusnya diberikan pada tamadun Islam, malah semua BUDAYA dan AGAMA harus diberikan tumpuan yang SAMA RATA.

Kenyataan ini bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan yang mengatakan Islam adalah agama Persekutuan (bukan sekadar agama rasmi Malaysia). Kenyataan ini juga akan memberi ruang kepada konsep pluralisme, yang mana semua agama dianggap sama. Akhir sekali, kenyataan ini juga menafikan kesahan atau legitimacy orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Ini kerana mereka mahu matapelajaran sejarah memberikan tumpuan sama rata kepada semua budaya yang wujud di Malaysia, sedangkan orang Melayu adalah penduduk asal negara ini. Orang Melayu adalah bangsa yang bertolak ansur dan banyak memberikan ruang dan peluang kepada bangsa lain. Namun usahlah kebaikan bangsa Melayu itu diambil kesempatan pula. Semua bangsa perlu saling menghormati dan saling membantu bagi memajukan tanahair, namun semua warganegara perlu sentiasa ingat dan hormat pada fakta dan hakikat sejarah.

Kenyataan kedua KemSMS yang diragui keikhlasannya adalah mereka mahu sejarah orang asli diberikan lebih perhatian. Ini tiada salahnya, malah orang asli juga adalah penduduk asal negara ini. Namun apa yang membimbangkan kita adalah ini dapat dijadikan sebagai alasan bagi mengatakan yang bangsa Melayu tiada bezanya dengan bangsa penjajah yang lain. Mereka akan mengatakan orang asli adalah penduduk asal negara ini dan orang Melayu telah menjajah dan merampas hak orang asli. Orang melayu seterusnya dijajah oleh portugis. Portugis dijajah oleh belanda. Belanda dijajah oleh inggeris. Maka kesimpulan yang akan mereka berikan adalah apakah bezanya antara orang melayu dan bangsa penjajah lain? Kata mereka, semua bangsa itu merampas hak orang asli. Dengan demikian, mereka sekaligus dapat menafikan kesahan atau legitimacy orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Dalam perkembangan ini, usaha perlu digiatkan bagi mengislamkan orang asli dan penduduk sabah/sarawak.

Buat masa ini, golongan ini menggunakan pendekatan akademik. Namun tidak mustahil jika dibiarkan, mereka akan beralih pada taktik yang lebih ‘keras’. Penjelasan di atas bukanlah berniat melemparkan tuduhan liar. Namun ia sekadar peringatan kepada kita supaya berwaspada akan kemungkinan yang BOLEH berlaku. Jika perlu, kita harus mengambil tindakan segera (tindakan menurut landasan undang-undang) bagi mengelakkan perkara di atas daripada berlaku. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Oleh: Latifah Jaafar

http://d3lvr7yuk4uaui.cloudfront.net/d.html?c=TVk6MDY6S3VhbnRhbjo1OjkzNDY6ZkxjdGtRM0lEMERVM1ZFanBGMVJKZDdEY0d5bDgzNGE6YTY1MmM%3D

No Responses to “Usaha Bagi Menafikan Kesahihan Atau ‘Legitimacy’ Orang Melayu Sebagai Penduduk Asal ?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s