Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Lim Guan Eng kepala RASIS….

Perkasa mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng lebih rasis kerana sering membangkitkan isu atau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Guan Eng kini cuba mengapi-apikan orang Cina dengan mengatakan Perkasa sebuah pertubuhan rasis hanya kerana memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Beliau berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat cuba membakar emosi orang Cina agar membenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) atau parti komponennya dengan menimbulkan pelbagai isu demi kepentingan dan perjuangan politik sempitnya.

“Guan Eng kini dilihat menghasut orang Cina agar hanya menyokong DAP dan membenci orang lain. Isu terbarunya ialah mengaitkan Perkasa kononnya mempunyai hubungan dengan MCA.

“Dia cabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar melarang ahli dan pemimpin parti itu mengadakan apa-apa hubungan dengan Perkasa atau menyertai program anjuran kami,” katanya kepada media di pekarangan kompleks mahkamah Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, Perkasa tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA selama ini dan jika ada pun, ia adalah atas dasar hubungan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan isu yang ada kepentingan awam atau kebajikan orang ramai.

“Perkasa tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA. Guan Eng sepatutnya menunjukkan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya.

Guan Eng sebelum ini dipetik oleh portal berita sebagai berkata Soi Lek patut melarang ahli MCA daripada menghadiri apa-apa majlis anjuran Perkasa dan jika tidak, ini bukan sahaja membuktikan komponen BN itu mempunyai hubungan dengan Perkasa tetapi menyokong kumpulan yang mempunyai perwatakan rasis dan ekstrem.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menganggap kenyataan itu sebagai kenyataan paling jahat dan melabelkan Guan Eng sebenarnya pemimpin yang paling rasis kerana bermian dengan politik perkauman.

“Itulah matlamatnya agar rakyat, terutama orang Cina membenci Perkasa yang memperjuangkan agenda dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

“Adakah ini menjadi satu kesalahan. Banyak lagi pertubuhan lain yang memperjuangkan kepentingan kaum tertentu tetapi DAP tidak pernah mempersoalkannya,” katanya.

Menurutnya, ramai juga ahli Perkasa yang terdiri daripada ahli Pas, terutama di Perlis dan Kedah yang dianggarkan merangkumi antara empat hingga lima peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Adakah Guan Eng atau DAP akan mendesak pemimpin Pas agar melarang ahlinya menyertai Perkasa. Kita nak tunggu kenyataan Guan Eng mengenai perkara itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim juga meminta DAP mempertimbangkan hubungannya dengan Pas kerana parti Islam juga boleh dianggap rasis dan ekstrem.

“Pas juga rasis. Jadi kita nak lihat adakah DAP akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Pas sama seperti yang ditohmahkan terhadap Perkasa.

“Kita nak tengopk sejauh mana komitmen Guan Eng dalam isu ini. Adakah dia akan terus bermain sandiwara. Kalau dengan Perkasa dia riuh tetapi dengan Pas buat tidak tahu sahaja,” katanya

No Responses to “Lim Guan Eng kepala RASIS….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s