Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu dalam suasana politik baru.

Bagaimana dan apa situasi orang-orang Melayu dalam suasana politik baru? Mengapa perjuangan orang Melayu ketika ini dianggap rasis sedangkan perjuangan bangsa lain dianggap mempertahankan hak mereka? Adakah bakal terjadi dimana orang Melayu mengemis dibumi sendiri gara-gara menghormati hak bangsa minoriti?

Ini persoalan yang masih kabur bilamana kita memperkatakan tentang perjuangan bangsa Melayu. Hanya kerana orang Melayu mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub didalam perlembagaan, kita dilabel sebagai rasis. Mengapa NGO-NGO kaum lain tidak dilabel sebagaimana NGO Melayu? Adakah kaum lain mempertahankan hak mereka didalam perlembagaan?

Hak orang Melayu yang dirampas tetapi orang Melayu pula yang dituduh merampas hak kaum lain. Dari sudut ekonomi pecahan penduduk kaum Cina lebih kurang 25% tetapi mereka memegang lebih kurang 80% kuasa ekonomi dan orang Melayu Bumiputera yang mempunyai penduduk lebih kurang 65% hanya memprolehi kuasa ekonomi bawah 25%. Siapa yang merampas hak siapa?

Belum lagi dikira dari sudut-sudut lain memang jelas orang Melayu ketika ini secara teknikalnya sudah pun mengemis dibumi sendiri. Dimanakah keupayaan kerajaan pimpinan orang Melayu untuk memastikan pembahagian ekonomi dapat diberi dengan seadil-adilnya? Orang Melayu selalu ditekan dan kerajaan selalu meletakan tekanan itu kepada orang Melayu. Kita makin dihimpit.

Suara minoriti nyata lebih kuat dari majoriti dan pepecahan dikalangan orang Melayu memudahkan kaum lain memperkotak-katikan lagi orang Melayu. Suasana politik ketika ini akan terus meletakan orang Melayu disudut yang cukup ketat dan tidak mampu untuk bergerak. Apa maknanya jika kita berkuasa tetapi kita gagal untuk menjalankan tanggungjawab untuk bangsa sendiri.

Cabaran yang cukup kuat bagi orang-orang Melayu, ini adalah hakikat yag wajib kita hadapi walaupun pahit. Orang Melayu akan terus menjadi bahan serangan bangsa lain kerana kita memprtahankan hak kita. Renaungkanlah demi masa depan bangsa kita.

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Responses to “Melayu dalam suasana politik baru.”

  1. Bro,

    Izinkan saya mengimbau kembali zaman persekolahan/remaja saya sebelum tahun 1980 dulu. Pada masa itu menjadi orang melayu banyak kelebihannya. Dari segi pendidikan selepas SPM/MCE, asal dapat sambung belajar sahaja diberi biasiswa. Yang dapat pangkat 1,2,3, jika dapat masuk Ipta je dapat biasiswa otomatik. Yang tak lulus SPM pulak, janji dapat masuk mana2 institut kemahiran mereka juga diberi biasiswa. Mereka2 yang tak dapat pergi mana2 akan mencari kerja di sektor awam atau swasta.

    Walaupun hidup tak moden macam sekarang, tetapi amat bererti menjadi melayu. Semua ini hilang dizaman Mahathir. Dizaman dia biasiswa dh kena tarik. Orang melayu massa yang bukan UMNO Baru mula dipinggirkan. Slowly, melayu makin tidak dihiraukan. Pemisahan antara melayu semakin menjadi2 hanya kerana perbezaan politik semakin menjadi2 dan semakin ketara.

    Tahukah anda sejak memasuki sabah keahlian UMNO Baru telah dibuka kepada semua bumiputra dan bukan lagi menjadi parti ekslusif orang melayu. Maknanya bumiputra seperti kadazan,iban, siam, orang asli dan orang portugis melaka pun boleh jadi ahli UMNO BARU!

    Sebelum zaman Mahathir, mamak2 ni tidak diterima menjadi ahli UMNO. Mereka ini kalau nak masuk politik mereka akan masuk.MIC. Pada zaman Tengku.dan.Tun Razak, ada seorang mamak memegang jawatan naib presiden MIC.Beliau adalah Tan Sri OK Ubaidullah. Seorang hartawan dan dermawan. Sekarang ni, John Ambrose adalah salah seorang ketua bahagian di sabah.

    Mengapa saya ceritakan semua ini. Ia adalah untuk menjawab tulisan saudara mengenai nasib orang melayu. Banyak lompang dalam kefahaman saudara mengenai isu ini yang bukan salah saudara. Saudara masih muda dan tidak melalui zaman2 yang saya sebutkan. Juga untuk mengalak saudara mencari fakta2 yang lain agar dapat memahami dengan lebih jelas tentang orang melayu hari ini.

    bat8

  2. Salam saudara,

    Jika diamati betul2 apa yg terjadi zaman sekarang bukanlah akibat dari kerja Tun Mahathir, dlm sistem pendidikan siapakah yang mengubah sistem pendidikan kepada sistem KBSM/KBSR pada tahun 1984-1991? Ada 2 manusia yg memegang kerusi Menteri Pendidikan yg mengubah sistem pendidikan kepada sistem yg melemahkan pelajar Melayu 1984-1986 Abdullah Badawi 1986-1991 Anwar Ibrahim. Mengikut statistik pada era ini angka anak2 Melayu keciciran amat tinggi. Ini yg mengakibatkan ‘kelompangan’ dalam sistem pendidikan.

    Dalam sudut ekonomi pula Tun Mahathir melakukan yang terbaik utk org Melayu tetapi masalah yg timbul adalah sikap org Melayu itu sendiri tiada yang lain.

    Tentang kemasukan Bumiputera kedalam UMNO tiada pilihan lain kerana jika tidak dilakukan ini akan mengakibatkan parti unggul mewakili org Melayu terus berkubur akibat pepercahan dan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46. Demi menyelamatkan UMNO keadaan ini harus dilakukan.

    Isu biasiswa saya rasa anda kurang memberi perhatian terhadap ‘silent policies’ yg meletakan keutamaan kepada anak2 Melayu demi menjaga perpaduan antara kaum. Minta saudara rapat dengan orang-orang tertentu untuk memahai keadaan itu.

    Harap saudara juga lebihkan research untuk memahami apa yg sedang berlaku. Sekian…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s