Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pesanan buat UMNO/BN, WAJIB didengar!

Dalam sentimen rakyat menyebelahi UMNO/BN yang sedang melalui transformasi secara keseluruhan masih ada sesuatu yang amat menyakitkan dalam UMNO/BN. Cabaran yang besar yang menanti UMNO/BN ialah dalam memilih calon yang benar-benar jujur dalam perjuangan.

Bukan pilihanraya yang menjadi cabaran tetapi proses memilih calon adalah cabaran yang amat getir buat parti BN. Silap memilih calon UMNO/BN akan kecundang sebelum pilihanraya. Hebat sungguh ketika ini kerja lobi-melobi untuk menjadi calon pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati pucuk pimpinan. Hakikatnya bukan pucuk pimpinan yang harus diyakinkan tetapi hati rakyat setempat.

Masih ada pemimpin yang mempunyai hasrat untuk bertanding hanya melakukan kerja-kerja ketika pemimpin besar melakukan lawatan. Adakah mereka ini lupa yang bakal memilih mereka untuk menjadi wakil adalah rakyat bukan pemimpin parti.

Berilah ruang kepada rakyat untuk memilih siapa calon mereka suka jangan ikut atau letak calon yang parti suka. Yang ikhlas berjuang kadang-kala dicantas dan ditolak ketepi dan tidak langsung diberi ruang. Jika ini terus berlaku percayalah UMNO/BN akan kecundang sebelum pilihanraya.

UMNO/BN ketika ini menikmati sokongan kuat rakyat atas transformasi yang dijalankan dan jika UMNO/BN alpa atas isu pemilihan calon sokongan rakyat akan serta-merta beralih arah kepada pembangkang. Hakikat yang WAJIB kita terima.

Kepada calon-calon ‘wannabe’ ini janganlah terlampau ghairah mengejar kedudukan kerana anda akan menjadi punca rakyat menolak UMNO/BN.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Pesanan buat UMNO/BN, WAJIB didengar!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s