Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pakatan Haram Kata Tak Takut Hasan Ali, Tapi Kenapa Gelabah Teruk Sangat?

Saya mendapat tahu dari rakan-rakan PAS yang bersimpati dengan nasib Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa terdapat gerakan besar-besaran di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor yang mahu “membunuh” bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Pada awal pemecatan Hasan Ali, dikhabarkan juga bahawa beberapa pemimpin PAS Selangor yang dikenal pasti sebagai goblok-goblok Anwarinas telah menerima draf-draf kenyataan media untuk menyekat pengaruh Hasan Ai sekiranya beliau melawan setelah dipecat.

Maka ketika itu terpampanglah kenyataan-kenyataan “parasit” PAS di beberapa media pro-pembangkang, kononnya “PAS Selangor tidak takut pada Hasan Ali”. Padahal, skrip kenyataan akhbar mereka itu dipercayai diperoleh dari pejabat “Punahsihat Ekonomi Selangor”!

Saya senyum lebar melihat “kekalutan” para pemimpin PAS Selangor yang kononnya tak takut pada pendedahan Hasan Ali. Padahal, semua penyokong dan pekerja di ibu pejabat PAS Selangor tahu betapa kecut perut dan gelabahnya puak-puak yang gulingkan bekas boss mereka yang digemari ramai itu.

Kini, Hasan Ali sudah memulakan “roadshow”nya, mengotakan apa yang dikatakan mengenai PAS yang tersasar dari landasan perjuangan sebenar dan hakikat yang mendedahkan penyelewengan, salahguna kuasa, skandal serta perbongkaran rahsia dalaman Kerajaan Negeri pimpinan Khalid “gagap”.

Sebagaimana kita tahu, Selangor memang sebuah negeri yang paling maju dan antara yang terkaya dibawah kepimpinan BN dahulu. Namun kini, negeri kaya itu dikatakan telah “dirompak seboleh-bolehnya” oleh Pakatan Haram Selangor, juga diketuai oleh “Punahsihat” tersebut.

Dihadapan saya, Hasan Ali memberitahu bahawa beliau ada banyak bukti kukuh tentang penyelewengan puak-puak yang menzaliminya itu dan beliau sedia membongkarkan semua perkara tersebut bila tiba masanya.

Kenyataan itu yang disiarkan media membuatkan puak-puah Pakatan Haram Selangor semakin gelabah bagaikan syaitan mendengar azan! Maka habis dikerah seluruh pemimpin Pakatan Syaitan yang ada untuk “membunuh” segala gerakan Hasan Ali..!

Persoalannya, kenapa takut sangat dengan Hasan Ali?

Bukankah Selangor terlalu “telus’ berintegriti, amanah dan suci” dari sebarang penyelewengan?

Lagipun, Selangor ada SELCAT yang MENJAMIN KETELUSAN. Menurut “fatwa jingga”, mana-mana negeri yang tak ada SELCAT, CAT atau yang ada iras-iras begitu, negeri itu dianggap mengamalkan penyelewengan! Jadi, apa yang nak ditakutkan?

Saya dikhabarkan bahawa ada di kalangan pemimpin Pakatan Haram, khususnya para “parasit”, yang tak tidur malam memikirkan perihal Hasan Ali ini. Meeting sampai pagi bagi membincangkan bagaimana nak “membunuh” Hasan Ali.

Hairan betul saya dengan reaksi yang boleh dianggap keterlaluan untuk menghadapi seorang YB yang lebih kecil tubuh badannya berbanding saya. Hasan Ali tu kecil saja, apa yang nak ditakutkan sangat hingga nak “dibunuh”?

Bukan kata “tak takut” ke awal-awal hari tu? Heh!

http://www.mykmu.net/?p=16482

No Responses to “Pakatan Haram Kata Tak Takut Hasan Ali, Tapi Kenapa Gelabah Teruk Sangat?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s