Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Nakhaie Dedah Penyebab Hadi Cuba Mengundur Diri!!!

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara.

“Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Tambah Nakhaei, beliau juga tidak menolak kemungkinan Hadi membuat pendirian itu semata-mata mahu melihat tahap sokongan anggota parti dan Pakatan Rakyat terhadap perkara itu.

Jelas beliau, Hadi mengambil langkah itu kerana bimbang pengaruhnya dalam parti Islam itu semakin berkurangan ekoran ia dibarisi majoriti golongan profesional.

“Saya ingat ia ada tujuan, satu sebab nak lihat sejauh mana pengaruh beliau dalam parti sebab dalam PAS sekarang golongan liberal berkuasa dan mana-mana ahli politik kena ‘test market’ untuk lihat masih ada sokongan atau tidak.

“Kalau masih ada sokongan hadi akan tarik balik tapi kalau tiada sokongan mungkin dia serius untuk tarik diri namun saya rasa golongan liberal dalam PAS akan terus beri sokongan kepada Hadi kerana mereka belum begitu kukuh dan perlukan masa untuk mengambil alih kepimpinan parti,”katanya.

Sementara itu Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi pilihan raya umum ke-1

http://lamanizzs.blogspot.com

No Responses to “Nakhaie Dedah Penyebab Hadi Cuba Mengundur Diri!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s