Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Propaganda & Spinning Politik: Tanggungjawab & Kesan

Perkembangan teknologi komunikasi, baik dari segi hardware, software atau kaedah dan pemikiran memberi banyak impak kepada rupa bentuk perhubungan manusia. Sekurang-kurangnya dua bidang menerima faedah besar kepada perkembangan itu. Bidang bisnes dengan keghairahan periklanannya, bidang politik dengan kecanggihan propagandanya.

Propaganda politik misalnya, berkembang dari kempen muka ke muka, pengedaran brosur dan poster, kemudian ke teknologi komunikasi massa (akhbar, majalah), teknologi media elektronik (radio dan tv), sebelum muncul internet dan telefon bimbit.

Malangnya perkembangan teknologi itu sering dikaitkan dengan pelanggaran nilai dan etika politikus sebagai pengguna utamanya. Jika propaganda sering difahami sebagai penonjolan kumpulan atau parti sendiri secara melampau, sehingga parti lawan kelihatan ‘lekeh dan tak berguna’, satu variasi baru dalam propaganda, spinning pula dilihat sebagai mengeksploit dan memanipulasi sesuatu yang benar di pihak lawan sehingga ia kelihatan ‘buruk dan salah’. Atau jika terdapat sesuatu kesilapan kecil, ia akan disensasikan, dibesar-besarkan, supaya parti lawan kelihatan ‘bodoh, tidak bertanggungwab dan jahat’.

Contohnya, Perdana Menteri pergi ke Mekah menunaikan Haji. Apa sahaja cerita yang cuba dimainkan selain dari PM pergi beribadat, adalah spinning politik. Itu tidak wajar.

Dengan penggunaan media terkini internet dan telefon bimbit, kegiatan itu semakin meluas, berkesan dan melampau sehingga masyarakat seringkali berjaya dikelirukan atau tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu.

Memang itulah tujuan sipembuat spinning itu supaya mereka dengan mudah boleh menangguk di air keruh. Bila rakyat keliru, kemudian melihat pihak lawan buruk, parti yang satu lagi tentu akan dilihat lebih baik. Dari perspektif agama; kerja spinning pula boleh dikategorikan fitnah, dusta, dan adu domba.

Justeru, jika demikian, jika kita sebahagian dari pelakunya, apakah kita tidak berasa bimbang kita terjebak dalam hal yang tidak diredhai. Melihat kepada suasana politik semasa Negara, di mana propaganda dan spinning isu politik seolah-olah semakin diterima sebagai satu kaedah memenangi hati pengundi yang paling berkesan, kita patut bertanya, apakah masyarakat perlu terus dididik dengan pendekatan dan pemikiran politik sedemkian.

Kepada para pemimpin dan pemain politik, baik pembangkang atau kerajaan, kain putih di tangan kita, kita sentiasa berpeluang untuk mencorakkannya mengikut gaya dan warna yang kita mahu. Paling unik, kita sekarang berada di titik paradigma, di mana peluang untuk mewujudkan suasana politik ‘telus dan sihat’ begitu terbuka. Lakukan yang betul, bimbinglah masyarakat menghayati kehidupan bernegara yang sihat. Kita akan berjaya melahirkan generasi yang hebat.

No Responses to “Propaganda & Spinning Politik: Tanggungjawab & Kesan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s