Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Misi tawan kerusi Pembangkang ,DSD Adnan yakin boleh….

BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menteri Besar Pahang Dato Sri Diraja Haji Adnan Yaakob berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.

“Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah.

“Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di Temerloh, semalam.

Adnan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka.

 

“Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi.

 

“Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan,” katanya.

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh yang boleh menggugat keutuhan parti.

No Responses to “Misi tawan kerusi Pembangkang ,DSD Adnan yakin boleh….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s