Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kerja Tuan Ibrahim menipu rakyat Pahang…

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah saja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

“Yang lain adalah tanah rizab seperti rizab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta penduduk dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?.

“Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil saja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya ketika menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti.

Adnan berkata, walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak menggugat keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

No Responses to “Kerja Tuan Ibrahim menipu rakyat Pahang…”

Leave a comment