Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Asal Bukan UMNO????

Ibnu Al-Mubarak, Seorang ulama yang sangat masyur mengatakan : Aku lebih sukai lantunan syair ‘Adi bin Zaid daripada istana raja Thahir bin Al-Husain.

Syair yang yang indah dan mempersonakan itu berbunyi demikian : ” Wahai orang yang bergembira di atas penderitaan orang lain dan selalu memburuk burukkan masa apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmu dari hari ke hari, Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu”.

Ertinya : Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain, apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa gembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari hari mu akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?.

Assalamualikum sahabat pembaca sekelian, semoga sentiasa berada didalam perlindungan Allah semata, tanpa ada dua selain Nya, InsyaAllah.

Selesai sudah solat Jumaat terakhir buat tahun Masihi hari ini, InsayaAllah kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2012 sehari lagi, seperti biasa kita berharap agar tahun yang akan datang nanti akan lebih memberi makna kepada kehidupan kita sebagai Umat Muhamad dan hamba kepada Allah semoga tahun 2011 yang akan kita tinggalkan nanti telah benyak memberi kita pengajaran dalam segala aspek kehidupan.

Baik sahabat sekelian, Kembali kepada syair yang di siarkan di atas tadi, ianya ada sangkutan dengan apa yang hendak aku tuliskan hari ini.

Ianya berkaitan dengan perasaan gembiranya sesetengah orang apabila melihat orang lain menderita akibat perbuatan oleh orang lain.

Jika sahabat pembaca peka sahabat akan terjumpa dengan risalah kempen sama ada melaui media cyber mahupun cetak, ia ini kempen A.B.U yang bermaksud Asal Bukan UMNO yang di jana oleh Pakatan Rakyat. Tujuan kempen adalah untuk menjatuhkan UMNO. Kenapa UMNO? mengapa tidak Barisan Nasioanl yang menjadi tagline Pakatan Rakyat ?

Adakah kerana UMNO parti tunggal majoriti Melayu didalam BN yang dilihat paling kuat. Atau kerana UMNO parti yang berjaya menyatukan orang bukan Melayu dan etnik di Malaysia. Oleh kerana itu UMNO perlu di tumbangkan.

Yang beria ia untuk menumbangkan UMNO parti melayu terbesar ini adalah terdiri dari Orang Melayu sendiri, Benarlah kata orang lama lama dahulu hanya kayu yang boleh menumbangkan kayu ( hanya melayu yang boleh menjatuhkan melayu).

Mungkin mereka melihat bahawa selagi ada UMNO peluang mereka untuk menguasi negara tidak akan berjaya dan Perdana Menteri dalam simpanan pun tidak akan tercapai cita citanya.

Mengapa Asal Bukan UMNO di lancarkan? mengapa tidak Asal Bukan MCA, DAP,MIC, PAS, KALDAIAN?

Kerana UMNO berjaya menyatukan Melayu, Cina, India dan lain lain kaum pribumi yang lain, Kesemuanya dapat hidup dalam aman damai dalam pelbagai perkongsian, Ini lah yang menyakitkan hati dan mata mereka, terutama Perdana Menteri dalam bayangan mereka yang silap hemat akan menjadi Perdana Menteri Republik River Of Bamboo.

Jelas disini orang yang bencikan UMNO adalah orang yang bencikan Melayu kerana didalam UMNO hanya ada orang melayu, walaupun DS Najib ada menyebut Bugis pun Melayu, Banjar juga Melayu.

Mereka yang bencikan UMNO inilah yang di umpakan sebagai “Kayu yang menebang Kayu”, dan kauyu ini sanggup menumbangkan kayu yang lain demi menyokong rakan mereka dari kaum bukan Melayu yang tidak sedar nasib di untung, Kerana UMNO lah mereka ini dapat mengumpul kekayaan.

Oleh kerana mereka ini tahu pepatah hanya kayu yang boleh tumbangkan kayu maka mereka ini mengunakan kayu ini (Melayu PKR dan PAS) untuk menumbangkan UMNO ,mereka sanggup menyerang saudara seagama sendiri hanya kerana kegilaan kepada kuasa dan tamak haluba, mengapa mereka tidak menyerang Barisan Nasional? kerana didalam BN ada kaum Cina dan India yang mungkin terdiri dari saudara mereka dari DAP parti paling rasis yang berselindung disebalik nama Democratik.

DAP dengan bijaknya memperkudakan PAS dan PKR untuk menyerang UMNO dan bukan nya Barisan Nasional. Sesuai dengan syair di atas yang menyebut “Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu”.

Ingatlah orang Melayu di luar sana tiada untungnya jika UMNO diserang, Tidak ada guna jika UMNO direbahkan. Sejahat jahat UMNO, ramai orang Melayu,Cina,India dan kaum pribumi lain yang berhutang budi dengan UMNO. Bukan sedikit jasa UMNO kepada negara Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Oleh itu pertahankan parti keramat ini, pertahankan sampai hujung hayat dan pertahankan walaupun sahingga ketitisan darah terakhir. Jangan kita benarkan musuh musuh Melayu ini merampas kuasa menggunakan kempen ABU yang jelas dijana oleh orang Malayu sendiri yang terbuta sebenar diri diperlembukan !!!.

Jangan biarkan kita jadi abu dan debu, sila jelas dan paham dengan kempen A.B.U yang dianjurkan oleh PKR ini, apa yang tersirat didalamnya, kecuali kita tukarkan dari ASAL BUKAN UMNO kepada ANWAR BOLEH UNDUR demi Agama Bangsa dan Negara.

Orait sahabat sekelian, saya stop dahulu, InsyaAllah kita jumpa lagi di lain masa.. Wassalam.

Ps/– Tulisan Asal untuk ob21.net oleh Obey-One

No Responses to “Asal Bukan UMNO????”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s