Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Paksa Pekerja Islam Pegang Daging Babi Tanpa Beralas Perbuatan Biadap.

Presiden Perkasa melahirkan rasa amat terkejut dan marah dengan berita “Juruwang di suruh pegang daging babi tampa berlapik” yang di siarkan melalui ruangan forum oleh pengirim yang mengelarkan dirinya sebagai “JURUWANG TERANIAYA”

YB Dato Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyatakan demikian melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

“Saya amat terperanjat dan begitu marah apabila membaca ruangan surat pembaca Utusan Malaysia hari ini bertarikh I8hb.Jan 2OI2 muka surat I2 bertajuk ‘Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik’oleh Juruwang Teraniaya.”

Juruwang berkenaan mengatakan “Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya”.

Juruwang berkenaan juga menyebut bahawa pengurusan mereka telah memperlekehkan agama dan menyamakan sebagai adat, “Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain.”

Ibrahim Ali seterusnya mendesak agar Majlis Agama Islam Perak segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap sebuah pasar raya ini yang di katankan beralamat di Kamunting,Perak.

Beliau juga menuntut agar Majlis Perbandaran Taiping dan Menteri Besar Perak juga wajar bertindak terhadap Pasar Raya tersebut.

“Perbuatan ini amat biadap dan kurang ajar kerana tidak menghurmati Islam”. Kata Ibrahim Ali

Adalah tepat lesen perniagaan pasaraya tersebut di tarik balik.

Beliau seterusnya berkata “sekiranya perkara ini berlaku terhadap amalan agama agama lain oleh orang melayu,sudah pasti riuh rendah seluruh negara”.

“Arahan pengurus pasaraya mengarah juruwang tidak beralaskan plastik amat amat kurang ajar.Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri juga wajar bertindak segera”.

Ibrahim ali juga berkata “Pihak bukan Islam,wajar sensitif dengan hal hal yang berkaitan agama Islam sebagaimana umat melayu Islam sensitif kepada lain lain agama”

No Responses to “Paksa Pekerja Islam Pegang Daging Babi Tanpa Beralas Perbuatan Biadap.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s