Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Usaha Halal Seks Songsang Ditentang

Desakan pelbagai pertubuhan antarabangsa meminta kerajaan meminda undang-undang jenayah untuk menghalalkan kegiatan seks songsang di negara ini perlu ditentang habis-habisan, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahab.

Beliau berkata, kegiatan seks songsang oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bercanggah dengan Islam dan tidak pernah dibenarkan syarak.
“Saya yakin jika ada usaha membawa cadangan ini untuk dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan, ia akan ditolak kerana melanggar hukum syarak serta melanggar tatasusila dan budaya orang Islam.
“Ini adalah cubaan untuk meleburkan budaya dan pegangan umat Islam. Kita tidak mahu budaya liar dan kuning ini menular di kalangan masyarakat.

“Jika LBGT mahu diperkenal dan kegiatan seks songsang mahu dihalalkan di negara ini, ia perlu dibanteras dan ditolak mentah-mentah oleh masyarakat,” katanya.

Semalam, portal berita MalaysiaKini melaporkan desakan International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI) meminta kerajaan menghapuskan undang-undang homoseksual supaya perundangan Malaysia seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Pertubuhan Progresif Gay Filipina (ProGay) turut menyatakan pendirian sama dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang menjadi sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati tiada bukti kukuh menyokong keterangan Mohd Saiful.

Bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, pula berkata kenyataan IBAHRI membuktikan wujudnya cubaan campur tangan asing dalam menentukan hala tuju negara.

Beliau berkata, tekanan oleh badan guaman antarabangsa itu memperlihatkan wujudnya persefahaman antara mereka dengan badan guaman di negara ini (Majlis Peguam Malaysia).

“Kita tidak memerlukan nasihat orang asing untuk ajar bagaimana cara untuk hidup. Saya percaya mereka ada agenda,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, pula berkata cadangan pertubuhan dan badan hak asasi asing itu jelas bertentangan dengan budaya dan adat orang Melayu dan Timur.

“Barat tidak boleh mencadangkan sesuatu daripada luar budaya Timur. Selain itu, ia juga bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Oleh itu, undang-undang dalam Persekutuan perlu berasaskan Islam dan liwat tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam,” katanya.

No Responses to “Usaha Halal Seks Songsang Ditentang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s