Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan Terlajak Kata- Amaran Perkasa Kepada AMK

Kepimpinan Perkasa merasakan amat lucu bila Ketua AMK Shamsul Iskandar bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di perkarangan Mahkamah Jalan Duta Isnin lepas.

“Mudahnya Shamsul buat pengandaian begitu. Cabaran Shamsul supaya Perkasa menafikan sebagai dalang kejadian tersebut, kami juga gelak besar dibuatnya, Cabarlah yang susah sikit dan yang masuk akal”. Kata Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hassan Syed Ali.

Seterusnya beliau berkata “Perkasa melihat, di dalam kebodohan Shamsul mencabar Perkasa menafikan insiden tersebut, ada juga bijak si Shamsul ni. Bijaknya ialah dia cepat tuduh pihak lain sebelum orang lain tuduh pihaknya”.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur kelmarin didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

Sehubungan itu, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut

“Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?” kata Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Syed Hassan seterusnya berkata “Kami kalau nak, boleh juga menuduh mereka sendiri yang meletupkan sebab terfikir juga jika Anwar bersalah, nak tunjukan rakyat terlalu marah biarpun rakan sendiri yang kena. Sapertimana yang dilakukan oleh negara barat yang sanggup bunuh rakyatnya sendiri dengan letupkan bangunan sendiri semata mata nak tuduh keganasan musuh mereka”.

“Perkasa bukan jenis macam itu nak mudah menuduh. Tambah lagi Perkasa anjurkan solat hajat pada 8hb minta negara pada keesokan harinya 9hb terus aman tanpa ada huru hara”.

“Perkasa bertanggungjawab untuk menjaga negara aman. Shamsul janganlah senang senang nak spin kenyataan Dato’ Ibrahim. Presiden Perkasa hanya berkata Perkasa sedia membantu pihak polis jika terjadi ketenganan pada 9hb itu,Cukup cukuplah putar belit kenyataan orang”.

“Kepada Shamsul dari mencabar Perkasa supaya Perkasa menafikan, baik cabar Anwar Ibrahim serahkan DNAnya secara sukarela atau cabar Anwar lakukan sumpah laknat di masjid seperti mana Saiful lakukan, Aman negara kalau Anwar berani lakukan sumpah laknat. ” kata Syed Hassan lagi..

“Kepada Shamsul, ‘terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya’ Perkasa sedia utk mengambil tindakan undang undang terhadap Shamsul. Ahli Dewan Tertinggi Perkasa ada 6 orang peguam”.

“Kami akan kaji kenyataan yang di buat oleh Shamsul itu. Tuduhan itu sangat berniat jahat” kata Syed Hassan lagi.

No Responses to “Jangan Terlajak Kata- Amaran Perkasa Kepada AMK”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s