Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mahkamah yang tak bebas lepaskan Anwar.

Sejak tahun 1998 mahkamah Malaysia dikatakan tidak bebas dan sistem kehakiman negara ini dibayangi oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ironisnya sistem yang pincang ini jugalah yang membebaskan orang yang menuduh sistem kehakiman negara sebagai sistem yang tidak adil.

Tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada badan kehakiman semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti sistem kehakiman ini. Anwar telah memburukan seluruh badan kehakiman keserata pelusuk dunia, menyatakan dirinya teranaiya dan difitnah. Anwar boleh membohongi rakyat tetapi bolehkah Anwar membohongi ALLAH swt?

Kes liwat digembar-gembur sebagai konspirasi untuk menjatuhkan dirinya, hakikat yang berdiri teguh adalah memang berlakunya perlakuan liwat tetapi bukan secara paksa malahan atas dasar suka sama suka. Bolehkan ianya menafikan bahawa Anwar bukan seorang homoseksual? Jelas sekali tidak, bukan? Liwat tetap berlaku oleh itu Anwar memang seorang peliwat.

Mungkin dia terlepas dari tuduhan meliwat secara paksa tetapi secara jelas dia adalah seorang homoseksual dan mahkamah tidak menafikan ini berlaku. Apa yang hendak kita fikirkan lagi? Tiada bukti yang boleh menafikan Anwar bukan homoseksual. Dia terlepas dakwaan liwat atas dasar teknikal, bagaimana pula dengan video perlakuan seks dirinya dengan seorang wanita China yang dirakamkan melalui video?

Mana penjelasan Anwar tentang isu ini? Dimanakah jam Omega yang dikatakan masih ada didalam simpanan keluarga dia? Bagaimana pula tentang hubungan dia dengan Eskay? Hendak lagi menafikan semua ini? Persoalan yang masih tidak terjawab mengapa dia melarikan diri ke kedutaan Turki ketika Saiful membuat laporan liwat? Kenapa sampai kini tiada berjawab?

Bagaimana pula dengan pengakuan-pengakuan mangsanya yang terdahulu? Mengapa dia tidak mahu bersumpah ketika memberi keterangan? Seribu satu persoalan masih menjadi tanda tanya dan masih tidak terjawab.

Marilah kita sama-sama tepuk dada tanya IMAN, haruskah kita terus mempercayai manusia bernama Anwar Ibrahim ini? pPosted with WordPress for BlackBerry./p

2 Responses to “Mahkamah yang tak bebas lepaskan Anwar.”

  1. sampah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s