Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

9 Jan 2012 Pakatan Rapuh melancarkan Rusuhan!

Katanya Perhimpunan Bebas Anwar 901 adalah perhimpunan aman yang sudah dapat persetujuan dari PDRM. Agak sukar untuk percaya perhimpunan anjuran PKR ini akan berlaku secara aman. Sudah banyak kali dikatakan perhimpunan aman tetapi akhirnya porak-peranda.

Dahulu perhimpunan Bersih dikatakan sebagai aman menjadi medan pertempuran antara perusuh dan pihak keselamatan. Tidak mustahil 9 Januari ini terjadi perkara yang sama juga.

PKR mempunyai perancangan untuk melakukan keganasan dan PAS pula menjadi pak turut dengan menyediakan perusuh-perusuh mereka. Tidak lain dan tidak buka mereka akan teruskan dengan provokasi-provokasi terhadap pihak keselamatan. Contoh terbaru bila golongan pelajar yang berdemo dihadapan UPSI, lihat saja tindakan mereka yang cukup kurang ajar dan biadap.

Tidak perlu banyak untuk dilakukan mereka hanya memerlukan seorang anggota polis untuk bertindak dan mereka akan membalas dan sekali gus menyalahkan pihak polis. Ini modus operandi mereka selama ini. Ada desas-desus menyatakan Unit Amal diarah membawa senjata sejauhmana kebenaran ini kita tunggu saja pada 9 Januari nanti.

Kita sudah dapat menjangkakan mereka akan bertindak liar dan biadap, selama ini kita sudah dapat lihat apa yang biasa mereka lakukan. PKR sedar bahawa penyokong kerajaan adalah golongan yang menghormati undang-undang dan ini memberikan mereka kelebihan kerana walauapa pun yang mereka lakukan tidak akan ada tindak balas dari penyokong kerajaan yang hormati undang-undang.

Kita menentang sebarang jenis perhimpunan yang mempunyai risiko untuk menjadi liar dan salah satunya ialah Perhimpunan Bebas Anwar ini. Pihak kerajaan harus sedar bahawa dengan memberikan kebenaran pada mereka ini kerajaan sudah menafikan hak rakyat majority yang inginkan keamanan.

9 Januari bakal terjadi satu peristiwa yang akan membuat seluruh rakyat negara ini kesal dan menyesal. Tunggu dan lihat.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “9 Jan 2012 Pakatan Rapuh melancarkan Rusuhan!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s