Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

100,000 bakal berhimpun 9 Januari??

PKR makin tersepit menjelang 9 Januari, propaganda demi propaganda dilancarkan untuk menyusahkan rakyat. Timbalan President PKR Azmin Ali menyatakan 100,000 ahli PKR akan berkumpul pada 9 Januari, hari keputusan mahkamah diatas kes liwat Anwar Ibrahim.

Ugutan untuk melancarkan kekacauan kedengaran saban hari dari PKR. Sebelum ini Azmin Ali telah mengeluarkan ugutan untuk memecahkan tembok penjara jika Anwar didapati bersalah. Inikah sikap golongan yang kita mahu serahkan masa depan negara? Sama sekali tidak.

Golongan yang mengenepikan undang-undang semata-mata seorang manusia. Tiada alasan lain lagi dan sudah amat jelas menunjukan bahawa PKR dalam keadaan tersepit ketika ini. Mereka sedar mereka sudah kehilangan banyak sokongan akar umbi dan kini mereka mengugut untuk membuat kekacauan.

Anwar Ibrahim sedang giat menjelajah seluruh negara menghasut dan membohongi rakyat untuk melepaskan dirinya sendiri. Apa yang perlu kita faham ialah cara mereka yang tidak memikirkan tentang rakyat. Apa yang mereka lakukan ini adalah untuk menyusahkan rakyat semua.

PKR tidak ada sedikit pun agenda pembelaan rakyat yang ada hanyalah agenda pembelaan Anwar Ibrahim. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PKR semuanya untuk Anwar bukan untuk rakyat.

Sejarah telah membuktikan bahawa Anwar hampir membuat negara melutut kepada negara asing dan tidak mustahil jika kita memberi mandat pada mereka kita akan terus diperhambakan. Rakyat harus sedar dan pastikan Anwar Ibrahim gagal dalam menghasut rakyat.

Posted with WordPress for BlackBerry.

One Response to “100,000 bakal berhimpun 9 Januari??”

  1. Who is Anuar & Azmin????????????????????????…….they can fly kite …they are not leader to lead Malaysia Government they are hooligen,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s