Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ariff Sabri contoh Pengkhianat Bangsa.

Sejak seminggu lepas sudah hangat diperkatakan tentang kemasukan 2 veteran UMNO kedalam DAP. Seorang dari Negeri Sembilan Aspan Alias dan seorang dari Pahang Ariff Sabri.

Saya tidak mahu memperkatakan tentang Aspan Alias sebabnya saya tidak mengenali dia dan tidak mahu sentuh tentang politik Negeri Sembilan. Biarlah mereka-mereka yang tahu saja bicara tentang Aspan Alias.

Disini saya hanya mahu menyentuh tentang Ariff Sabri yang pernah satu ketika menjadi ADUN kawasan Pulau Manis di Parlimen Pekan. Dia juga merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Ariff Sabri adalah contoh pengkhianat bangsa bila menjadi ahli DAP. Umum tahu bahawa dia kecewa bila digugurkan sebagai calon pd PRU12 lalui dia mulakan langkah membelasah UMNO melalui blognya Sakmongkol AK47.

Melalui blognya dia menghentam UMNO bukan kerana untuk membantu UMNO baiki kelemahan tetapi lebih kepada menghancurkan parti tunjang orang-orang Melayu. Cukup jelas tindakannya tak ubah seperti tindakan anak-anak kecil yang tidak dapat apa yang diinginkan.

Para pengundi kawasan Pulau Manis amat sedar dan mengetahui siapa Ariff Sabri. Sebagai Wakil Rakyat dia boleh dikatagorikan sebagai ‘non-performing’ Wakil Rakyat. Satu penggal menjadi ADUN tidak ada apa-apa yg dilakukan melainkan berpaut pada kekuatan Dato’ Seri Najib Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Jadi tidak salahlah dia digugurkan di PRU12 lalui. Ariff Sabri membuat keputusan untuk masuk kedalam DAP jelas menunjukan dia sendiri tahu yang pengundi Melayu sudah lama menolaknya. Jika benar dia mempunyai sokongan kuat masakan pengantinya di Pulau Manis boleh menang dengan selesa.

Saya pernah katakan bahawa Ariff Sabri menyimpan impian untuk mengikut jejak langkah Othman Wok di Singapura yang mengkhianati orang-orang Melayu dan akhirnya selepas PAP menang di Singapura dia hanyalah dilantik sebagai Menteri Kutip sampah. Lihat saja orang-orang Melayu dalam PAP dan dalam pentadbiran pemerintah dimana kedudukan mereka dan ini yang Ariff Sabri mahukan.

Percayalah orang-orang Melayu tidak akan mendapat sebarang kedudukan jika DAP memerintah, Ariff Sabri mengadai semua ini kerana kecewa tidak dicalonkan. Sekali lagi Ariff Sabri contoh Pengkhianat Agama dan bangsa!

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Ariff Sabri contoh Pengkhianat Bangsa.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s