Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sang Penipu akan bersumpah??

Sang Penipu tegar akan bersumpah untuk cuba mengaburi mata rakyat sekali lagi. Al Juburi cuba main silap mata dalam masa yang terdekat ini dengan bermain dengan sumpah. Persoalannya sejauh mana sumpah Sang Penipu ini boleh diterima? Pernah sekali bila didesak untuk bersumpah Sang Penipu mengatakan “dalam Islam tidak ada sumpah” jadi mengapa sekarang pula hendak bersumpah?

Kita akan dapat saksikan bagaimana Sang Penipu ini akan cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari tuduhan dengan kononnya bersumpah tetapi sumpah apa kita tidak pastilah. Selama ini pun semua cakap-cakap Sang Penipu ini semuanya tidak boleh dipakai serba-serbinya menipu belaka.

Al Quran dipermainkan, hukum ALLAH dikotak-katikan demi mencapai hasrat dan nafsu menjadi Perdana Menteri. Dalam mahkamah pun tidak berani bersumpah dan sekarang ada hati hendak bermuhabalah. Inilah sikap Sang Penipu yang tak sudah-sudah cuba hendak menipu rakyat.

Makin ramai yang meninggalkan PKR makin mengelabah Sang Penipu ini dan sekarang dia cuba mendapatkan sokongan baru dengan konon-kononnya akan bersumpah, yang pastinya ada ‘trick’ yang bakal dia lafazkan dalam sumpah itu. Memang ada kemungkinan dia akan bersumpah tetapi kita dengar baik-baik apa yang dia sumpahkan.

Sumpah penafian meliwat, sumpah bermain pelacur atau sumpah tidak pernah menipu yang mana satu akan Sang Penipu ini akan putar belit. Soal jam OMEGA pun tidak pernah terjawab, isu video masih lagi mengelak, dalam mahkamah pun masih tidak berani memanggil saksi-saksi yang pernah rapat dengan dia.

Apa credibility yang dia ada untuk melafazkan sumpah melainkan terus berlakon dan menipu rakyat. Kita tunggu sahaja..

Advertisements

No Responses to “Sang Penipu akan bersumpah??”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s