Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

AZIZ BARI SOKONG PADERI PERSOAL ARTIKEL 153 DAN BAGI AMARAN KEPADA PERKASA!!!

The Self-Proclaimed Pakar Perlembagaan, Aziz Bari menyatakan sokongan kepada Reverend Eu Hong Eng yang mempersoalkan Artikel 153 ketika ‘berkhutbah’ di sebuah gereja sempena Hari Natal dengan menyatakan bahawa tiada sebarang unsur-unsur hasutan dalam ‘khutbah’ paderi berkenaan walaupun ianya dibuat di dalam sebuah gereja.

Pada masa yang sama, Aziz Bari menyalahkan PERKASA kerana ‘terburu-buru’ membuat tanggapan, terutama apabila PERKASA mengingatkan semula tentang tragedi 13 Mei 1969 yang mungkin akan berulang sekiranya, setiap pihak bebas mempersoalkan tentang Perlembagaan Negara. (BACA DI SINI)

Tragedi 13 Mei 1969 juga tercetus apabila kumpulan chauvinist yang diketuai oleh Lim Kit Siang mempersoalkan Artikel 153 dan Artikel 152 sehingga mengorbankan ribuan nyawa, SEBAHAGIAN BESARNYA orang Melayu. Sehingga ke hari ini, Lim Kit Siang dan konco-konconya terutama yang berarak di tengah-tengah Kuala Lumpur serta memprovokasi orang Melayu dengan slogan MELAYU BALIK KAMPUNG, SAPU MELAYU dan sebagainya pada 9 Mei 1969 sehingga 11 Mei 1969, tidak pernah diseret dan diadili oleh mahkamah mahupun dikenakan sebarang hukuman.

Menurut Aziz Bari, setelah 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, seharusnya rakyat di negara ini lebih matang dan tidak membangkitkan sesuatu yang bersifat perkauman. Bagaimanapun, nasihat Aziz Bari itu sekadar untuk orang Melayu sahaja. Orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera dibenarkan mempersoalkan apa-apa sahaja perkara yang termakhtub dalam Perlembagaan.

Contoh dan buktinya sangat jelas. Ketika isu DUMC dan pemurtadan, Aziz Bari secara nyata menyebelahi kumpulan pemurtad orang Islam dan menyalahkan DYMM Sultan Selangor kerana menggunakan kuasa baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

Dan sekarang, Aziz Bari kembali dengan nasihatnya agar orang Melayu dan Bumiputera jangan bertindak atau membuat sebarang respons walaupun perkara khas untuk Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Negara dipersoalkan dan dikatakan membuli kaum bukan Melayu.

Sedangkan hakikatnya, dari semenjak sebelum merdeka, sehinggalah sekarang, Melayu dan Bumiputera terus dibuli di negara sendiri. Pembulian terbesar ialah apabila Melayu dan Bumiputera, dipaksa menerima kaum imigran sebagai sebahagian daripada warganegara negara ini dengan hak mengundi yang sama, malah kaum imigran juga dibenarkan menjawat sebarang jawatan politik, berparti politik dan terlibat dalam politik, sama seperti Melayu dan Bumiputera sekalipun, yang berjuang menuntut kemerdekaan dari tahun 1511 sehingga 1957, hampir 99.99% adalah Melayu-Bumiputera!!!

No Responses to “AZIZ BARI SOKONG PADERI PERSOAL ARTIKEL 153 DAN BAGI AMARAN KEPADA PERKASA!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s