Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pengundi Melayu tetap undi Melayu..

Pilihanraya Umum makin hampir, gendang-gendang perang sudah dipalu, jentera akan mula bergerak, momentum mula dirasai bagi menentukan siapa yang layak untuk menjadi kerajaan ni negara bertuah Malaysia ini.

Bukan bertujuan untuk menceritakan kisah cara berpolitik tetapi senario yang mungkin terjadi di satu kawasan DUN Semambu. Secara kasarnya kawasan Semambu memperlihatkan peratusan pengundi Melayu disekitar 50% lebih dan selebihnya pengundi Cina dan sedikit pengundi India serta lain-lain bangsa.

Ketika ini kerusi DUN Semambu diwakili oleh MCA/BN. Pada PRU12 kawasan ini memperlihatkan pertandingan 2 penjuru antara MCA dan PKR. PKR meletakan calon novice berhadapan dengan calon berpengalaman dari MCA.

Untuk PRU13 kali ini keadaan akan nampak berbeza berdasarkan taburan pengundi majority Melayu. Jika BN mahukan kemenangan tiada pilihan lain melainkan kerusi DUN Semambu diletak calon UMNO untuk mewakili BN. Ini kerana corak pengundian ketika ini agak berlainan dari sebelum ini, dengan dihangatkan dengan sentimen perkauman oleh pihak pembangkang akan memperlihatkan pengundi Melayu akan menolak parti bukan Melayu untuk mewakili mereka.

Didalam konteks MCA Kuantan pergolakan dalaman mereka juga akan menjadi satu faktor yang memungkinkan kekalahan mereka di DUN ini. Secara kasar, pengundi Cina sendiri telah menolak MCA berdasarkan PRU12 yang lalu. Jadi apa yang terbaik untuk BN adalah meletakan calon Melayu di Semambu.

Jika BN masih lagi mahu mengekalkan kouta parti komponen demi semangat setiakawan maka bersiap sedialah untuk menerima kekalahan. Bayangkan jika PAS meletakan seorang calon bebas di kawasan itu dan menampakan perlawana 3 penjuru antara PKR (Cina), MCA (Cina) dan Bebas (Melayu) nescaya parti Bebas akan mewakili DUN Semambu.

Bukan hendak memperkecilkan kemampuan MCA tetapi inilah hakikatnya ada kita harus terima demi menjamin kemenangkan BN. Keadaan serupa juga akan terjadi di kerusi parlimen Kuantan yang mempunyai lebih kurang 60% lebih pengundi Melayu.

Perlukah kita berhadapan dengan kekalahan yang boleh kita elakan? Mahukan kita mengadai walaupun 1 kerusi kepada pembangkang? Orang Melayu akan tetap mengundi wakil Melayu tanpa mengira dari parti mana dikawasan majority Melayu. Ini hakikat.

UMNO harus bertegas demi kemenangan dan demi Agama, Bangsa dan Negara….

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Pengundi Melayu tetap undi Melayu..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s