Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemimpin kecewa,maruah bangsa pun boleh digadai.

Hebat diperkatakan 2 pemimpin veteran UMNO sedang dipancing oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap DAP. Salah seorang dari mereka adalah Datuk Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47, bekas ADUN Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Umum tahu bahawa Ariff Sabri adalah seorang  pemimpin UMNO yang kecewa dan DAP mengambil kesempatan untuk memancing beliau agar bersama-sama dengan mereka bagi menjatuhkan UMNO dan terus memecah belahkan orang-orang Melayu. Ariff Sabri amat kritikal kepada UMNO melalui blognya Sakmongkol AK47 yang menghentam UMNO dengan pelbagai tuduhan. Bayangkahlah apa jenis manusia Ariff Sabri ini jika beliau bersetuju untik bersama DAP.

Jika dahulu menjadi ADUN bawah tiket UMNO/BN dan selepas digugurkan menghentam parti yang pernah diwakilinya. Dimana maruah manusia sebegini? Mungkin benar apa yang PM katakan diPerhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana jadilah orang UMNO bukan sekadar ahli UMNO, tetapi apa guna menjadi orang UMNO jika tidak mempunyai jiwa UMNO?  Ianya akan menjadi seperti “orang-orang” (scarecrow) dibendang nampak macam orang tetapi tidak berguna. Begitu jugalah dengan Ariff Sabri umpama orang-orang yang tiada guna langsung.

Tidak menjadi satu kejutan kepada kita semua jika Ariff Sabri bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO kerana beliau tidak  mempunyai jiwa UMNO. Kerana kuasa sanggup memburukan  parti yang pernah menjulang namanya sebagai wakil rakyat.

Cukup kita mempercayai manusia sebegini kerana orang-orang Melayu tidak memerlukan orang tidak mempunyai jiwa dalam perjuangan.

No Responses to “Pemimpin kecewa,maruah bangsa pun boleh digadai.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s