Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Mahasiswa Pro-Aspirasi pula yang disalahkan….

Semalam seramai 500 mahasiswa yang cintakan keamanan dan yang mahu tumpukan pada pelajaran mereka berdemo diPutrajaya untuk menyampaikan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang berlagak mengalahkan Menteri sendiri.

Tapi yang menyedihkan sekali mereka pula yang disalahkan kerana mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk meletak jawatan. Apa yang menghairankan golongan pelajara yang bertindak biadap dipertahankan pula.

Mahasiswa Pro-Aspirasi ini hanyalah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan mahukan keamanan serta menumpukan pelajaran mereka. Apa salahnya mereka ini? Timbalan Menteri pula jelas mendokong perjuangan pembangkang yang menuntut kebebasan hanya kerana mahukan POPULARITI.

Kenapa Timbalan Menteri tidak pula bergegas untuk menerima memorandum dari mahasiswa ini seperti dia bergegas ke PWTC semata-mata mahu menerima memorandum dari pelajar yang biadap? Cukup jelas bahawa Timbalan Menteri ini menyokong tindakan pelajar biadap dan tidak menyokong mahasiswa yang sayangkan keamanan.

Memang sepatutnya Timbalan Menteri belaan Anwar Ibrahim ini meletakan jawatan. Sepatutnya jawatan Timbalan Menteri membawa suara penyokong kerajaan tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Timbalan Menteri yang membawa suara pembangkang.

Mengapa kita harus mempunyai orang seperti ini didalam kerajaan dan didalam UMNO? Apa yang pernah dilakukan demi kebaikan kepada negara melainkan membuka ruang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Tidak perlu untuk menyalahkan tindakan mahasiswa Pro-Aspirasi sepatutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggilah yang harus dipersalahkan pendokong POLITIK BARUa semata-mata untuk mendapatkan POPULARITI. Politik cara Anwar Ibrahim memang jelas kita perhatikan telah dimainkan oleh Timbalan Menteri ini.

Mahasiswa Pro-Aspirasi adalah golongan yang benar-benar mahasiswa terdidik dan pemangkin kepada negara bukan golongan pelajar biadap yang kelulusan pun setakat cukup makan. Yang harus dipersalahkan bukannya mahasiswa Pro-Aspirasi, mereka hanya mahukan keamanan dan menumpukan kepada pelajaran mereka.

Kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baiklah berundur tak guna ada dalam kementerian kalau asyik jadi champion pembangkang saja.

 

 

No Responses to “Mahasiswa Pro-Aspirasi pula yang disalahkan….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s