Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PERKASA BANTAH GUNA DAKWAT KEKAL.

Perkasa menolak keputusan SPR untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU13 akan datang.

“Perkasa beranggapan penggunaan dakwat kekal itu membawa negara ke belakang”. kata Syed Hassan Syed Ali, Setiusaha Agung Perkasa.

“Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dlm PRU”.

Perkasa mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, bagi memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0.

Menurut satu kenyataan dari Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, contoh dakwat kekal yang akan digunakan telah pun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pengesahan kandungan.

Menurut beliau laporan ujian dijangka akan diperoleh dalam tempoh seminggu.

Syaed Hassan seterusnya berkata “Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih yang menggunakan kertas biasa dgn maklumat pribadi tulisan tangan, ini amat Memalukan”.

“Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal ini adalah dari pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ini cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi, mereka usahakan juga gesaan”.

Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Tanya Syed Hassan melalui kenyataan medianya yang dikeluarkan oleh Pejabat Urusetia Perkasa di Kuala Lumpur.

“Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal. Dan kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?”

Fikir fikirkan sebaiknya keputusan penggunaan dakwat kekal itu.

No Responses to “PERKASA BANTAH GUNA DAKWAT KEKAL.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s