Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

NEGARA HANCUR JIKA SIKAP MAHASISWA & MAHASISWI SEBENGINI

Perkasa berharap Mahasiswa yang biadap terhadap PM perlu diambil tindakan. Harus singkirkan mereka atau menarik balik kemudahan yg diberikan kepada mereka seperti biasiswa. Mereka tak berterimakasih kepada Kerajaan di bawah Perdana Menteri.

“Biar mereka minta kepada ibubapa mereka belanja belajar di universiti. Perbuat biadap harus diajar secukupnya sebab mereka kurang ajar kerana itu mereka menjadi biadap. Mereka masih mentah untuk menilai apa erti perjuangan”. Kata Ketua Wira Perkasa Sdr. Irwan Fahmi Ideris melalui satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau juga berkata “Dipercayai mereka terikut ikut atau dihasut oleh pihak pembangkang. Jika tidak mereka tidak sekurang ajar begini. Perbuatan mereka sudah melampau. Umpama diberi makan, tangan pemberi digigit pula”.

“Mereka perlu sedar, bukan pihak lain yg meletak mereka di menara gading, bukan pihak lain yangg memberi mereka biasiswa dan bukan pihak lain yg sediakan pinjaman PTPTN kepada mereka. Semuanya diusahakan oleh kerajaan. Biadap, bodoh, kurang jar..!!! Jika mereka benar pemimpin masa depan, mereka tidak berpelakuan seperti ini. Ini adalah cara pengkhianat bangsa dan negara masa depan. ”

“Masih menuntut ilmu sudah tujuk sikap kurang ajar dan biadap. Kepada ibu bapa pelajar pelahar terbabit perlulah nasihatkan anak anak mereka itu”.

Irwan juga berkata “Nasihat saya, tamatkan pengajian kamu semua. Tidak lama, 2, 3 atau 4 tahun saja kamu boleh bebas”.

Kerajaan perlu fikir semula untuk mansuhkan AUKU kalau beginilah keadaannya. Belum AUKU dimansuhkan, sudah berani melakukan perbuatan biadap, apakah boleh jamin mereka tidak akan lebih agresif daripada ini?.

Ya memang Perkasa mahu orang muda bersama Perkasa tapi orang muda seperti ini adalah orang muda yang sudah memalukan bangsa. Perkasa tidak akan terkejar kejar orang muda seperti ini untuk memperjuangkan bangsa.

Kerajaan umpama ibu dan bapa kepada pelajar pelajar IPT. Perlu tegas jika tidak mereka akan terus menconteng arang di muka orang tua.

Hal ini bukan dipersetujui oleh semua mahasiswa. Memanggil kerajaan sebagai ‘rejim’ keterlaluan. Terbukti mereka masih mentah.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

No Responses to “NEGARA HANCUR JIKA SIKAP MAHASISWA & MAHASISWI SEBENGINI”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s