Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PERKASA TUNTUT MAIK KELUAR FATWA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berhubung ceramah Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ yang dikatakan menyamakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi.

Memorandum itu menuntut fatwa dikeluarkan terhadap status ceramah Shamsul Zaman atau ‘Ustaz Budak’ kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam.

Memorandum itu diserahkan oleh Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd. Sibri Ismail kepada Pegawai Pengurusan Am MAIK, Tengku Sharifuddin Tengku Shah Buddin mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin yang bercuti.

Menerusi memorandum tersebut, Perkasa turut menggesa MAIK menyiasat rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan para ulama dan Mursyidul Am Pas seperti nabi yang disiarkan dalam portal detikperubahan.com.

Perkasa juga mendesak MAIK mengambil tindakan tegas ke atas Shamsul Zaman sekiranya apa yang didedahkan oleh detikperubahan.com adalah benar kerana kandungan ceramah berkenaan boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Atas kepentingan ummah, Perkasa Kelantan menyarankan MAIK mengeluarkan fatwa atau pekeliling mengenai status ceramah berkenaan kepada orang ramai kerana isu ini mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat di Malaysia,” menurut memorandum tersebut.

Sebelum ini, detikperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah pewaris nabi’.

Advertisements

No Responses to “PERKASA TUNTUT MAIK KELUAR FATWA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s