Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PERTAHAN KESUCIAN ISLAM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu masyarakat Melayu di negeri ini supaya bersatu mempertahankan kesucian Islam dan tidak berpecah-belah hanya kerana berbeza ideologi serta fahaman politik.

Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum di negeri ini pula perlu sentiasa bersabar dan mengelak untuk menyakiti hati di antara satu sama lain selain menjauhi budaya fitnah-memfitnah yang boleh menyebabkan negeri ini menjadi huru-hara dan rakyatnya tidak dapat hidup dalam keadaan aman.

“Pada hemat beta, tidak guna negeri Selangor ini diakui sebagai sebuah negeri maju, tetapi keadaan negeri dan rakyatnya bergelora disebabkan oleh berselisih faham antara satu sama lain, baik dari segi politik, agama atau sosial.

“Negeri Selangor akan menjadi mundur dan rakyatnya yang berbilang kaum akan hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan jika tidak sama-sama mendokong dan memelihara keamanan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena hari keputeraan baginda yang ke-66 di Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Sementara itu, baginda juga mahu melihat taraf hidup rakyat di negeri ini dipertingkatkan dan masalah kemiskinan dapat diatasi supaya mereka dapat hidup dalam keadaan sempurna serta selesa.

“Sesungguhnya adalah tidak bermakna sesuatu kemajuan yang dicapai itu sekiranya rakyat hidup dalam keadaan resah dan ketakutan serta tidak tenteram,” titah baginda.

Terdahulu baginda berkenan untuk menyampaikan darjah dan bintang kebesaran negeri kepada 113 penerima termasuk kepada Penolong Pengarang Prosesan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail yang menerima pingat Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S).

No Responses to “PERTAHAN KESUCIAN ISLAM”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s