Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

DAP melaga-lagakan kaum India dalam parti.

Pertelagahan antara Professor Ramasamy dan Karpal Singh tidak lagi menjadi satu rahsia. Hari ini ketika berlangsungnya konvesyen DAP Pulau Pinang, Karpal Singh secara terang-terang menempelak Ramasamy yang sebelum ini mendesak agar Karpal mengundur diri dan mengelarkan Karpal sebagai ‘Godfather’.

Para penyokong Ramasamy mengadakan demonstrasi menuntut agar Karpal Singh melepaskan jawatan dan ini telah mencetuskan lagi kemarahan Karpal Singh. Dia berkata demonstrasi bukan budaya DAP tetapi ironisnya DAP adalah antara mereka-mereka yang suka membuat demonstrasi menentang kerajaan.

Sebenarnya apa yang belaku didalam DAP adalah pecaturan politik golongan tertentu yang tidak mahu adakaum India didalam pucuk pimpinan tertinggi DAP. Ini cukup jelas kerana DAP adalah satu parti chauvinist yang dikuasai oleh keluarga Lim. Mana mungkin mereka mahu kaum lain di letakan dikalangan mereka.

DAP yang kononnya memperjuangkan parti pelbagai kaum tetapi hanya satu kaum sahaja yang menduduki jawatan tertinggi didalam parti. Dengan pertelakahan antara Ramasamy dan Karpal ini mereka akan menunjukan bahawa kaum India tidak layan memimpin jawatan tinggi dalam parti mahupun didalam pentadbiran negeri yang mereka kuasai.

Agenda DAP sememangnya dari dahulu tidak mahu sama ada orang Melayu atau India bersatu ini kerana jika mereka bersatu golongan chauvinist ini tidak akan mendapat tempat dalam politik arus perdana negara.

DAP kekal parti racist dan chauvinist, ITU FAKTA BUKAN AUTA.

No Responses to “DAP melaga-lagakan kaum India dalam parti.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s