Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

DR CHUA: LEBIH BAIK DIAM DARI BERTINDAK BODOH.

Perkasa minta UMNO ajar sikit mulut celupar Presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal menyatakan Hudud akan jatuhan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

Dr Chua juga berkata sukar untuk mencari pelabur disebabkan rekod hak asasi Malaysia tidak baik dan hukuman pula dianggap kejam, juga akan membuatkan perlabur yang sedia ada akan lari. Kata Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan media nya sebentar tadi.

Dr Chua sebelum ini berkata sistem perundangan itu (Hudud) tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. “Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata Chua kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA di sini.

Syed Hassan yang juga Setiausaha Agung Perkasa berkata “Bagi Perkasa, Dr Chua masih kabur tentang Hudud. Sepatutnya dia minta nasihat UMNO jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod Perkasa menyokong Hudud. Itu hukum Allah. Cuma Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS yang Perkasa tolak”.

“Banyak perkara terpesong dari hukum sebenarnya yang mahu laksanakan oleh PAS. Perkasa yakin PAS tidak akan boleh lakukan hukuman Hudud seperti mana Hudud tuntutan Allah yang sebenar”.

Perkasa sanggah kenyataan Dr Chua itu. “Dengan Hukum Hudud sebenar, sudah pasti akan membawa banyak pelabur dari luar melabur ke negara ini. Sudah pasti jenayah akan dapat di kurangkan , rasuah akan sifar, rogol dan buang bayi tak akan berlaku kerana ada Hudud yang sebenar”.

“Umno perlu menaihati Presiden MCA cabang Barisan Nasional supaya menarik semula kenyataan salah terhadap hukumHudud, Perkasa tidak meminta Dr Chua memohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu”.

Jika tidak Perkasa akan mengajar Chua Soi Lek secukupnya pada PRU 13 akan datang nanti.

No Responses to “DR CHUA: LEBIH BAIK DIAM DARI BERTINDAK BODOH.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s