Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

MAAL HIJRAH – PERUTUSAN PRESIDEN PERKASA

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1433.

Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam. Hijrah Rasulullah S.A.W. dari Kota Mekah ke Madinah adalah satu rancangan strategik dalam menyusun strategi bagi menjamin keselamatan dan kemenangan Islam dan mempertahankan agama Allah serta nilai-nilai murni Islam untuk jangka panjang. Keseluruhan perjuangan Rasulullah S.A.W. sebenarnya adalah satu gabungan gerak langkah yang berasaskan prinsip-prinsip Islam iaitu sentiasa berikhtiar, sabar, istiqamah, dan redha.

Ambillah Peristiwa Hijrah ini kerana ianya memberi banyak pengajaran kepada kita di dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menghadapai perjuangan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara yang menjadi tujuan utama Perkasa.

Kita jelas perjuangan kita didalam Perkasa ini tidak hanya terbatas kepada keperluan duniawi sahaja,tetapi merangkumi kehidupan akhirati.

“Dan tuntutlah bersungguh-sungguh melalui segala kurniaan Allah kepada mu itu keselamatan di akhirat, tetapi janganlah engkau lupa habuanmu di dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang berbuat kerosakan “. AI-Qasas ayat 77.

Allah SWT menuntut supaya kita mengimbangkan kehidupan dunia dengan kehidupan di akhirat. Segala bentuk kehidupan di dunia yang berlandaskan kepada kebaikan mempunyai hubungan dan menjamin ganjaran di akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W., ” Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala suka sesiapa daripada kamu yang menjalankan kerja dengan baik “. Maksud kerja yang baik adalah tepat dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah di dunia.

Islam melarang sama sekali umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan sesuatu yang baik itu datang menggolek tanpa berusaha.Perjuangan Perkasa pada hari ini jadi semakin relevan dengan tuntutan zamannya.Kerana perjuangan Perkasa adalah untuk memastikan Malaysia selamat dan rakyat Malaysia pula terbebas daripada ganggu-gugat. Perkasa menitikberatkan hal ini kerana keselamatan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, atau budaya.

Hadis Rasullulah S.A.W. yang di riwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru berbunyi :”Sesunggunya orang yang benar benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang di tegah oleh Allah”.

Lantaran itu, kita mestilah berusaha untuk sentiasa berhijrah bagi mencipta kejayaan dan inovasi baru yang memberi impak rahmat kepada ummah bersesuaian dengan tema Hijrah tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Mengakhiri perutusan, Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada semua Kepimpinan Tertinggi Perkasa dan semua Ahli Perkasa di seluruh pelusuk tanah air yang saya hormati.

Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.

No Responses to “MAAL HIJRAH – PERUTUSAN PRESIDEN PERKASA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s