Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sedang mencuba untuk merampas kerusi parlimen Indera Mahkota dari calon kawasan itu Datuk Fauzi pada PRU 13 nanti. Ini memandangkan dia sedar bahawa pengundi di Kuantan sudah tidak mahu lagi meletakkannya sebagai wakil yang mewakili suara rakyat Kuantan di parlimen.

Setelah dia berjaya menghalau Azan Ismail dengan cara menjadi juara isu Lynas di Gebeng yang terletak di parlimen Kuantan kini Fuziah cuba memperbodohkan Datuk Fauzi yang mempunyai peluang cerah untuk bertanding di kerusi Indera Mahkota. Inilah sikap  Fuziah yang suka berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukup mudah untuk kita perhatikan prestasi dia sebagai Ahli Parlimen, sebagai contoh di Kuantan ini tiada satu pun masalah rakyat yang dia selesaikan malahan dia sibuk dengan isu yang diluar kawasan parliamennya.

Masalah asas rakyat langsung tidak diperdulikan. Satu perkara yang amat jelas bila dia mengunakan PAS Indera Mahkota untuk menghentam Dr Che Rosli bila isu Lynas dibongkar oleh beliau. Mengapa dia tidak mendapat sokongan dari PAS Kuantan tetapi terpaksa memintak PAS Indera Mahkota untuk membantunya menyelamatkan diri dari terus kelihatan sebagai bodoh.

PAS Kuantan sendiri sudah kenal siapa Fuziah yang suka menipu dan berterusan memperbodohkan rakyat. Kini dia bakal menjadikan Datuk Fauzi sebagai mangsa terbarunya. Politik tikam belakang sudah menjadi darah daging PKR jadi tidak hairanlah jika Fuziah cuba membunuh politik Datuk Fauzi.

Secara keseluruhannya kita sebagai rakyat sudah nampak politik PKR yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyat. Jadi tidak perlulah kita bersusah payah untuk memikirkan siapa harus untuk kita undi pada PRU 13 nanti. Jika Fuziah berjaya menjadi calon Indera Mahkota marilah kita tolak dia dari terus menjadi Ahli Parlimen mewakili rakyat disana jangan lakukan kesilapan seperti pengundi di Kuantan. Jika Fuziah masih kekal di Kuantan sama-samalah kita katakan TIDAK pada Fuziah yang langsung tidak perdulikan pengundi di Kuantan ini.

Advertisements

No Responses to “Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s