Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Fuziah Salleh MP Kuantan yang lupa kawasan sendiri.

Pilihanraya yang ke 12 kawasan parlimen Kuantan mendapat Ahli Parlimen baru. Rakyat Kuantan mempunyai satu harapan baru dengan mengundi Fuziah Salleh sebagai wakil mereka diparlimen.

Pelbagai janji dan harapan diberikan oleh Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan. 3 tahun sudah berlalu dan apakah yang rakyat dapat nikmati dengan memilih Fuziah Salleh mewakili suara mereka di parlimen? Sistem pengangkutan awam diKuantan tidak dapat diselesaikan, masalah tapak perniagaan juga tidak diselesaikan, masalah-masalah asas rakyat diKuantan masih juga tidak diselesaikan.

Persoalanya mengapakah Fuziah memperjuangkan masalah rakyat dikawasan parlimen lain? Sebagai contoh isu Lynas, kawasan Gebeng terletak dikawasan parlimen Indera Mahkota yang diwakili oleh seorang lagi wakil rakyat dari PKR iaitu Azan Ismail. Jelas sekali Ahli-ahli parlimen dari PKR tidak langsung menghirau tentang masalah rakyat yang mereka wakili.

Masalah rakyat diKuantan pada Fuziah tidak penting dan hanya menjadi batu loncatan untuk dia meraih kekayaan dan membazirkan wang rakyat. Terdengar desas-desus bahawa Fuziah ingin merampas kerusi Indera Mahkota sekali gus mengenepikan Datuk Fauzi yang dikatakan akan menjadi calon PKR mengantikan Azan Ismail yang sudah lama ditolak rakyat diparlimen Indera Mahkota.

Strategi politik Fuziah Salleh untuk membunuh saingan politiknya amat licin. Dia sedar bahawa rakyat Kuantan sudah tidak mahu termakan dengan tipu daya dia dan dia mencari jalan untuk mendapat tempat diIndera Mahkota yang sudah dikhas untuk Datuk Fauzi. Secara senyap Fuziah mengatur strategi mengenepikan Datuk Fauzi.

Rakyat diKuantan sudah muak dengan cara politik Fuziah yang sentiasa memperbodohkan rakyat Kuantan. Masalah rakyat tidak pernah diambil serious oleh Fuziah. Nasib baik Pahang masih berada dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan bayangkan bagaimana nasib rakyat jika Pahang berada dibawah Pakatan Rakyat yang mempunyai ahli-ahli parlimen yang membutakan mata terhadap masalah rakyat.

Fuziah Salleh tidak pernah mempedulikan rakyat dan pengundi Kuantan, dia hanya mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kedudukannya. Cukup sudah kita rakyat Kuantan dan Pahang meletakan calon-calon dari PR untuk mewakili suara rakyat di parlimen.

Jika mahu kemajuan tolak PR dan jika mahu kesengsaraan undilah Pakatan Rakyat. Bukti sudah jelas dan keputusan ditangan kita untuk menentukan wakil suara kita diparlimen.

No Responses to “Fuziah Salleh MP Kuantan yang lupa kawasan sendiri.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s