Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

NGO buat laporan polis terhadap Save Malaysia.

Hari ini lebih 20 NGO seluruh Kuantan telah membuat laporan terhadap Save Malaysia yang bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan haram di Taman Gelora pada 13 November 2011.

NGO-NGO yang terdiri daripada PERKASA Negeri Pahang, PERKASA Kuantan, PEKIDA Kuantan dan beberapa lagi NGO-NGO seluruh Kuantan merasakan sudah tiba masanya untuk menghentikan tindak-tanduk kumpulan Save Malaysia ini secara terus. Ini adalah kerana kumpulan Save Malaysia ini sudah kian biadap dan tidak menghormati undang-undang.

Save Malaysia cuba membuat kekacauan dan mengucar-gacirkan keadaan aman damai diKuantan ini. Tindakan Save Malaysia yang mengikari undang-undang ini jelas menunjukan agenda yang mereka bawa. Tiada agenda lain melainkan agenda politik yang ini merosakan hubungan antara kaum dia bandar Kuantan.

Mengunakan isu Lynas sebagai landasan untuk menyemai kebencian antara kaum kumpulan Save Malaysia ini cuba mencabar pihak berkuasa dengan meneruskan perhimpunan walaupun tanpa permit dari pihak PDRM.

Cukup jelas mainan politik golongan chauvinist ini. Justeru NGO-NGO seluruh Kuantan berpendapat sudah tiba masanya untuk bertindak dan menghalang kumpulan Save Malaysia ini dari terus menghina undang-undang dan memperbodohkan rakyat Kuantan.

Kumpulan Save Malaysia ini juga adalah satu kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan ROS. Bertindak sebagai NGO kononnya kumpulan Save Malaysia ini berjuangan untuk kepentingan rakyat tetapi hakikatnya mereka ingin mendapatkan kepentingan dan membawa agenda politik pembangkang.

Penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kumpulan ini semata-mata untuk memburukan kerajaan negeri menjelang PRU13 ini. NGO-NGO sekitar Kuantan bertindak membuat laporan polis demi kebenaran dan tidak mahu lagi kumpulan Save Malaysia ini menganggu-gugat keharmonian yang sudah lama terjalin antara kaum di bandar ini.

Amaran sudah diberikan kepada Save Malaysia agar menghormati undang-undang ataupun berdepan dengan kebangkitan masyarakat Kuantan. NGO-NGO yang mewakili seluruh rakyat Kuantan akan memastikan kumpulan Save Malaysia ini berkubur dan tidak akan menganggu gugat kesejahteraan masyarakat Kuantan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “NGO buat laporan polis terhadap Save Malaysia.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s