Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila terdesak PR bakar api sentimen..

Sudah menjadi amalan penyokong-penyokong PR bila sudah tersepit tanpa fakta mereka membakar api sentimen kebencian, hina menghina. Amat dangkal penyokong-penyokong PR ini bila gagal berdebat mereka akan terus menghina bukan saja bangsa Melayu bahkan agama Islam.

Didalam laman twitter saban kali golongan ini menghina agama ISLAM dan bangsa Melayu tanpa diambil sebarang tindakan. Mereka-mereka ini jugalah yang kononnya memperjuangkan hak sama rata, hormat-menghormati tetapi didalam masa yang sama mencuri peluang memperlekehkan ISLAM dan bangsa Melayu.

Sampai bila kita harus berdepan dengan keadaan sebegini? Bila bangsa Melayu mula bersuara dikatakan perkauman bila bangsa lain menghina Melayu dan ISLAM tiada pula mengatakan perkauman bahkan dianggap sebagai kebebasan bersuara.

Dimana letaknya hak Melayu ISLAM selama ini? Sesudah kita memberi kebebasan kepada mereka kini mereka secara terang-terangan mempersoalkan kedudukan Melayu ISLAM. Haruskah kita berdiam diri? Bangsa Melayu dihina dengan dikatakan Melayu hanya dikampung dan ayat-ayat Al Quran dicaci bila kita cuba menerangkan perkara yang haram berlandaskan ajaran ISLAM.

Kini amalan Qurban pula dipersoalkan. Mudah sungguh penyokong-penyokong PR bermain dengan sentimen atas dasar hak kebebasan bersuara. Orang Melayu masih lagi tidak sedar dan mungkin tidak akan sedar langsung sehingga tanahair tergadai.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Bila terdesak PR bakar api sentimen..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s