Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila suara Melayu cuba disenyapkan…

Orang Melayu berdepan dengan perpecahan yang amat kritikal dan yang menjadi dalang perpecahan ini adalah golongan chauvinist yang tidak dapat menerima dan takut jika Melayu bersatu.

Disematkan dengan sentiment anti kerajaan puak-puak chauvinist ini berusaha dan memastikan orang-orang Melayu sentiasa berpecah dengan cara yang amat halus.

Suara orang-orang Melayu cuba disenyapkan dengan melabelkan orang-orang Melayu ini sebagai rasis. Orang-orang Melayu yang beragama ISLAM dimomok-momokan sebagai ketinggalan zaman dan tidak moden.

Disumbat dengan agenda-agenda kebebasan yang jelas menolak ajaran agama, cuba memurtadkan golongan muda Melayu ISLAM atas dasar kebebasan beragama. Ketika ini pula mereka menuntut kebebasan dan hak golongan gay dan lesbian. Agenda jahat dan agenda musuh ISLAM kini makin terserlah.

Bila orang Melayu bersuara mereka akan terus melabelkan sebagai rasis tanpa usul periksa. Ini cara mereka melemahkan orang-orang Melayu ISLAM. Dan kini kerajaan kita nampak tunduk atas desakan ini sambil mengetepikan hak orang Melayu ISLAM demi menjaga hati golongan chauvinist anti Melayu ISLAM.

Suara Melayu disenyapkan terus dan kerajaan sendiri menyepi bila orang Melayu menyampaikan hasrat. Kita akan terus ditekan dan dihina selagi kita tidak bangun dan bertindak tegas mempertahankan ajaran ISLAM dan hak orang Melayu. Bukan saja dari sudut ekonomi bahkan dari setiap sudut yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu.

Tanpa mengira latar belakang politik dan ideology orang-orang Melayu ISLAM wajib menentang hasrat puak-puak chauvinist untuk mengenepikan orang-orang Melayu. Ini adalah hakikat yang sepatutnya kita fahami, hak kita seperti mana golongan minority menuntut hak mereka.

Jangan disenyapkan suara orang-orang Melayu kerana orang-orang Melayu sudah lama bersabar dan berlembut hati. Jangan sia-siakan pembangunan negara yang telah kita semua usahakan selama 54 tahun ini. Hak orang-orang Melayu wajib dipertahankan dan agama ISLAM jangan dijadikan alat politik. Bersatunya orang Melayu bersatu jugalah ISLAM.

Dengar suara orang Melayu dan berilah hak orang Melayu untuk menyuarakan hasrat demi Agama, bangsa dan Tanah air…

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Bila suara Melayu cuba disenyapkan…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s