Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Agenda jahat disebalik penganjuran Seksualiti Merdeka…

Jelas sudah disebalik penganjuran perhimpunan Seksualiti Merdeka terdapat satu agenda jahat yang diketuai oleh golongan-golongan yang cuba merosakan pemikiran umat ISLAM. Atas dasar hak asasi mereka cuba menghina agama bukan saja ISLAM malahan semua agama yang lain dengan mendesak agar golongan gay dan lesbian diberi hak untuk meneruskan kegiatan mereka.

Selepas ini mereka akan menuntut hak untuk mengikhtiraf perkahwinan sesama mereka walaupun perkara tersebut dilarang sama sekali dalam agama. Ini yang mereka ingin lakukan. Tidak cukup dengan itu mereka membelakangkan tuntutan agama dan menghina adat dan budaya rakyat Malaysia.

Ambiga dan Marina Mahathir antara yang terlibat dengan kegiatan golongan songsang ini bermati-matian cuba membuatkan diri mereka relevant. Ambiga seperti biasa sungguh biadap dan kurang ajar terhadap ISLAM sejak dari isu IFC lagi. Musuh ISLAM yang amat biadap. Marina pula anak Negarawan ulung Malaysia yang kurang kasih sayang cuba menjadi jaguh dalam hak asasi manusia, persoalannya kenapa baru sekarang? Kenapa Marina tidak berani untuk berjuang ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu? Sikap hypocrite Marina amat jelas.

Cukup sudah mainan wayang Marina yang sejak dari perhimpunan haram BERSIH lagi sudah nampak penipuannya. Sedih dan malu bila anak seorang Negarawan Ulung yang berjuang bermati-matian mendapat seorang anak yang lupa daratan dan kurang ajar.

Marina dan Ambiga cuba meruntuhkan moral umat ISLAM dan rakyat Malaysia dengan menjadi sebahagian dari penyokong Seksualiti Merdeka. Agenda jahat yang cukup menghina agama. Atas dasar hak asasi manusia mereka mengetepikan soal agama.

Allah berfirman dalam surah Allah-Ankabut ayat 28 yang bermaksud:

 “Dan ingatlah ketika Lut berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu.”

Firman Allah dalam surah Hud ayat 82 yang bermaksud :

  “Tatkala datang perintah kami, kami jadikan yang tinggi menjadi rendah dan kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di atasnya berturut-turut.” 

Antara 2 ayat Al Quran yang cukup jelas untuk kita fahami tentang perlakuan songsang yang diperjuangkan oleh kedua-dua manusia bernama Ambiga dan Marina.

Ini yang mereka perjuangkan, kebebasan untuk golongan songsang melakukan apa yang mereka suka walaupun dilarang oleh agama…….

No Responses to “Agenda jahat disebalik penganjuran Seksualiti Merdeka…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s