Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Situasi cemas bangsa kita menjelang PRU 13….

Semboyan telah dibunyikan untuk kita semua bersiap sedia untuk berdepan sekali lagi dengan Pilihanraya Umum bagi menentukan masa depan negara kita. Sentimen makin kuat dimainkan, isu-isu makin banyak dikemukan dan yang pastinya hanya satu pihak sahaja bakal menjadi pilihan rakyat majority.

Dalam pilihanraya kemenangan sahaja yang diidam-idamkan, tiada tempat kedua atau ketiga. Hanya kalah dan menang. Itu hakikatnya. Dalam keghairahan kedua-dua pihak BN dan PR masing-masing cuba menyakinkan pengundi bahawa hanya mereka sahaja yang layak jadi peneraju negara kita jangan lupa nasib bangsa Melayu.

Cukup bersediakah orang-orang Melayu untuk berdepan dengan PRU kali ini? Jika dikirakan secara kasar Melayu Bumiputera ada sekitar 65% dan bila ditolak Bumiputera bkn Melayu yang tinggal hanyalah 50% orang Melayu. Namun dalam 50% Melayu itu kita sudah berpecah kepada 3 kumpulan iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Pengiraan ini termasuk sekali dengan jumlah keseluruhan. Jika dikira yang hanya layak mengundi akan menjadi lebih kecil bilanganya.

Bayangkan dalam kumpulan yang kecil ini kita dipecahkan lagi untuk menjadi lebih kecil mana mungkin kita dapat terus menjadi peneraju negara. UMNO jelas sekali nampak goyah tanpa sokongan majority orang-orang Melayu. UMNO harus bergantung kepada undi bangsa Cina dan India untuk terus memerintah.

Ketika ini kita mangharapkan belas ehsan bangsa lain untuk terus memimpin. Apakah nasib orang-orang Melayu nanti? UMNO bergantung kepada MCA untuk membantu namun hakikatnya kaum Cina sendiri menolak MCA dan MCA jelas tidak mempunyai sokongan langsung.

Bagi MIC mereka sentiasa berubah-rubah. Dalam komuniti India paling teruk berpecah dan berapa peratuskah yang UMNO boleh harapkan? Orang-orang Melayu ketika ini dalam keadaan yang amat cemas dan tidak berkeupayaan. Amat jelas kita belum bersedia untuk berdepan dengan PRU lagi.

Jika UMNO mahukan sokongan padu dari orang-orang Melayu dan mahu bangsa Melayu bersedia untuk hadapi PRU, UMNO wajib mendengar dan selesaikan masalah asas rakyat dahulu bukan dengan hanya berkata-kata sepanjang masa.

Terimalah hakikat yang Melayu kini dalam keadaan yang amat mencemaskan…..

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Situasi cemas bangsa kita menjelang PRU 13….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s