Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Nalla Magnum jadi Senator.

Cerita amat menarik mengenai perlantikan wakil ke Dewan Negara semalam buatkan saya tertanya-tanya dimanakah hala tuju Barisan Nasional pimpinan Najib Razak.

Nallakaruppan dilantik sebagai Senator di Dewan Negara cukup mengejutkan. Siapa Nallakaruppan ini? Apa jasanya pada negara dan rakyat? Bekas pengarah Magnum Corporation dan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang penuh dengan krontroversi. Dengan latar belakang moral yang agak kurang baik dan terkenal sebagai rakan baik Anwar Ibrahim yang membawa Anwar bilamana dia ingin bersama wanita-wanita untuk hubungan kurang baik.

Statusnya sama seperti Dato’ Eskay juga. Mungkin selepas ini Eskay juga dilantik sebagai Senator, siapa tahu. Nampak gayanya Najib Razak semakin terdesak untuk mendapat sokongan kaum minority India. Sedar atau tidak, kaum India juga mempersoalkan perlantik Nallakaruppan ini. Bilalah Najib Razak akan sedar dengan semua ini?

Persoalannya mengapa Nallakaruppan? Apa yang boleh dia lakukan untuk mendapat sokongan besar kaum India? Apa tujuan sebenar perlantikan Nallakaruppan sebagai Senator? Sudah tiada orang lain lagikah yang boleh menjadi Senator?

Najib Razak makin hari makin kuat menyakitkan hati majority rakyat yang menyokong Barisan Nasional. Sampai bila Najib akan terus berlagak tanpa menghiraukan hati nurani penyokong-penyokong UMNO dan BN.

Saya mengkritik kerana sayangkan parti bukan kerana sayangkan pemimpin. Jika pemimpin memperbodohkan rakyat apa perlu disokong lagi. Jelas Najib akan terus memperbodohkan rakyat majority dengan tindakan-tindakan yang menyakitkan hati majority.

Nallakaruppan sebagai Senator membuktikan Najib Razak tidak menghiraukan suara majority dan tidak mempedulikan rakyat bawahan. Pemimpin-pemimpin dalam UMNO masih lagi berdiam diri dengan tindakan Najib yang bakal menyebabkan UMNO tumbang.

Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak, berhentilah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan rakyat majority.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Nalla Magnum jadi Senator.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s